in , ,

Tips Guna Eyelash Curler

Sumber gambar: https://yoyokulala.com/beauty/best-eyelash-curlers/

Eyelash extension memang tengah in trend sekarang ni, tapi sebenarnya, kalau #Lunagirls nak tau melentikkan bulu mata secara semula jadi dengan memakai eyelashes curler lebih efektif tau dan penjagaan dia tak seleceh kalau pakai extensions. But then, kena la pilih curler bulu mata yang sesuai, macam yang Ummi akan kongsikan ni.

SESUAI DENGAN BENTUK

Sumber Gambar: http://www.cosmopolitan.co.id

Setiap orang mempunyai bentuk mata yang berbeza. Jadi apa yang korang perlu buat untuk dapatkan bulu mata yang lentik adalah beli curler bulu mata mengikut bentuk mata. Contohnya orang yang mempunyai kelopak mata yang dalam, boleh gunakan curler bulu mata yang sedikit melengkung. Bagi yang ada bulu mata yang nipis cukuplah dengan gunakan curler bulu mata yang flat.

PAD GETAH YANG PADAT

Sumber Gambar: https://journal.sociolla.com/

Untuk curlkan bulu mata, pad getah dan besi curler tu akan memampatkan bulu mata korang. So untuk make sure setiap curl korang buat tu berkesan, korang kena make sure pad getah tu padat dan tak terlalu lembut. Lagi satu, pad getah tu korang kena tukar setiap enam bulan sekali ya. Kalau tak tukar, lama-lama nanti dia jadi lembik dan tak ada effect pun bila nak curlkan bulu mata korang tu. Selalunya, bila beli curler ni, akan dapat extra beberapa pad getah tu haa so tak ada sebab tak tukar.

CURLER BESI? CURLER PLASTIK?

Sumber gambar https://www.dhgate.com/product/ot-45-art-eyelash-curler-magic-eyelash-curler/401467306.html

Girls! Kalau korang mempunyai kulit yang sensitif atau alergic terhadap logam. Please! Jangan gunakan curler bulu mata daripada metal, tapi gunakan yang jenis plastik. Walaupun metal tahan lebih lama, tapi kalau korang ada irritation sampai boleh buat mata korang merah better jangan guna tau?

Selama ni kita main beli je kan curler bulu mata tanpa fikir panjang, entah-entah  bahan yang digunakan tu tak sesuai dengan kita, sebab tu la kadang-kadang mata akan merah-merah, bulu mata gugur dan macam macam lagi la. Kalau tak nak ada semua ni, jangan lupa untuk follow tips Ummi ni okay! Baru la meletop mata korang masa Hari Raya nanti.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Susun Masa Main Game Di Bulan Ramadan

Kenapa Eh Kumpulan K-Pop Ada Banyak Fans?