in ,

Tips Ganti Puasa Untuk Yang Belum Langsai ‘Hutang’ Puasa

Sumber gambar: fiksyenshasha.com

Hmm, sekarang ini sudah masuk bulan Februari dan nak tanya sikit, korang dah ganti puasa ke belum? Lebih lagi korang yang perempuan, banyak tau nak kena ganti itu. Bukan setakat itu sahaja, waktu azan sekarang pun makin lambat, jadi memang korang akan penat menunggu sedikit waktu berbuka pada waktu begini. Untuk yang belum ganti itu, korang mesti tertanya-tanya bagaimana dan bila nak ganti puasa kan? Dah lah korang perlu ke sekolah dan buat banyak aktiviti, lebih lagi banyak sekolah yang dah bersiap untuk musim sukan sekolah kan. Korang jangan risau sebab kami ada beberapa tips yang terbaik untuk korang ganti puasa sekarang.

CARI WAKTU YANG AWAL

via GIPHY

Buat masa sekarang apa yang korang kena tahu, azan memang lambat. Dan kalau korang sejenis yang kurang okay dengan azan yang lambat cuba korang cek waktu azan yang awal dan pastikan hari yang korang ganti puasa itu tak jatuh pada hari yang haram puasa okay.

BUAT JADUAL NAK PUASA

via GIPHY

Kalau korang tak nak habiskan dengan cepat sebab risau penat dan lain-lain. Korang boleh rancang berapa hari korang perlu ganti, cari hari mana yang azannya agak awal dan pastikan hari yang korang nak puasa itu aktiviti tak terlalu berat. Sebagai contoh, korang boleh buat pada hari sabtu dan ahad macam itu.

JANGAN BUAT BANYAK AKTIVITI

via GIPHY

Seterusnya, pastikan korang tak banyak buat aktiviti berat sebab sekarang kan tengah musim sukan sekolah. Belum lagi termasuk aktiviti kokurikulum, kelas tambahan, tuisyen dan lain-lain. Waktu itu korang elakkan puasa ya! Nanti tai pasal pengsan di sekolah, dah lah cuaca sekarang panas hujan tak kena waktu.

AMBIL TAHU TENTANG CUACA

via GIPHY

Ini antara yang paling penting, korang perlu tahu tentang cuaca harian di negara kita. Ada orang, okay sahaja nak puasa waktu panas dan ada orang lebih suka puasa jika waktu hujan. Dan dari situ korang bolehlah puasa ikut kesenangan hati korang.

AMBIL PENGAJARAN

via GIPHY

Akhir sekali, selepas ini jangan puasa ganti lambat sebab semakin bertambah masa, semakin lambat waktu azan. Nak mudah, puasa 6 terus selepas raya nanti sebab ada yang kata boleh niat keduanya boleh diterima.

Ha! Jadi lepas ini korang ambil pengajaran jangan ganti puasa lambat-lambat okay. Kalau boleh waktu musim raya yang cuti memang lama itu nanti korang terus buat puasa 6, sebab ada yang cakap niat kita sah nak buat keduanya contoh seperti niat puasa 6 dan puasa ganti, puasa korang akan dikira keduanya. Tempoh normal kita tak boleh puasa pun biasanya enam ke tujuh hari, jadi gunakan peluang yang ada itu ya. Nak cuba cara lain pun boleh, contohnya korang cari waktu azan bulan berapa paling awal dan buatlah puasa ganti pada waktu itu okay!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Idea Hadiah Untuk BFF Tersayang!

‘Sumpah’ Kemenangan Naim Daniel AJL 34 Khas Buat Naimians