in ,

Tips Face Mask Untuk Elak Kulit Berminyak

Sumber gambar: pinterest

Aduh, duduk dekat rumah pun muka boleh berminyak macam ni. Susah la, tak keluar pun minyak, keluar lagi la minyak.

Setiap orang mempunyai jenis kulit yang tersendiri. Ada yang jenis kulit berminyak, kering, normal dan combination. Korang kira bertuah kalau kulit muka korang tergolong dalam kalangan normal sebab tak semua orang dapat kulit muka normal ni tau.

via GIPHY

Kecantikan kulit muka ialah keutamaan semua perempuan. Tapi untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, kena la rajin buat skincare routine dan jaga muka. Salah satu cara paling mudah ialah amalkan pemakanan buah-buahan. Dalam buah-buahan ada banyak kebaikan untuk tubuh badan dan juga kulit muka kita. Dapat buah face mask guna buah-buahan pun best juga, jimat duit. Kulit berminyak pun dapat diatasi dengan cepat. Jom kita tengok masker buah-buahan apa yang boleh kita buat.

PISANG

5 Cara Membuat Masker Pisang Untuk Kesehatan Rambut Anda - Womantalk
Sumber gambar: Womentalk

Pisang kalau buat cekodok sedap juga, tapi lagi best kalau dijadikan masker. Dalam pisang mengandungi Vitamin A, B dan E yang bermanfaat untuk mencegah segala penuaan awal di kulit muka kita. Cara untuk sediakan mask pisang ini ialah dengan hanya lenyekkan dalam satu atau dua biji pisang then letak je dekat kulit muka dan leher selama 15-20 minit. Nak lagi best tambah sikit yogurt. Amalkan setiap hati, mesti muka korang akan maintain segar dan tiada lagi minyak! Kalau kulit muka korang jenis berminyak yang teruk, tambah sikit madu.

LEMON

8 Cara membuat masker lemon untuk kulit wajah yang mudah dan praktis
Sumber gambar: Caraprofesor

Ada sesetengah mengatakan lemon ni tak elok letak dekat muka sebab ia berasid, tapi ada juga sesetengah yang kulitnya tahan. Cuma dinasihatkan kalau tak confident, tak perlu buat gunakan lemon ni. Dalam buah lemon ada Vitamin C yang dapat membuatkan kulit muka menjadi cerah dan mengurangkan bekas jerawat. Cara buat mask lemon ialah korang hanya perlu ambil kulit lemon, hancurkan secara nipis kemudian campurkan sedikit madu dan sapu dekat satu muka. Let say kalau taknak buat cara ni, korang boleh juga minum air lemon panas yang mana ia berfungsi untuk membersihkan kulit dari dalam.

BETIK

BUAH BETIK - KHASIAT DAN KEBAIKANNYA (SIRI 2)
Sumber gambar: Rahsiasihat

Certain orang bila makan buah betik je, confirm terus ke toilet dan orang tu ialah Ainaa sendiri. Korang macam tu juga tak? Buah betik ni mengandungi antioksidan yang bermanfaat untuk mencegah penuaan dalam kulit. Ia juga mampu untuk menghilangkan sel kulit mati dan buatkan kulit menjadi semakin cerah. Sama juga caranya, lenyekkan buah betik dan sapukan di seluruh muka.

EPAL

Bowl of apple sauce β€” Stock Photo Β© studioM #42349283
Sumber gambar: Depos

Sama juga macam buah betik tadi, epal mempunyai antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel-sel kulit muka kita. At the same time, epal juga mengandungi kolagen yang mana mampu membuatkan kulit kekal muda. Korang hanya perlu kisarkan buah epal yang sudah dicampurkan dengan madu. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil kulit muka yang awet muda serta cerah. Korang kan memang suka nak jadi putih ni?

Simple je kan cara untuk usir kulit muka berminyak ni? Tapi korang masih lagi perlu makan buah-buahan sebab badan kita memerlukan vitamin tambahan. Memandangkan tempoh PKP ni dah dilanjutkan, korang ada banyak masa untuk teruskan misi kulit muka flawless sebelum raya! Goodluck semua

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Penyanyi Baru Yang Bakal Jadi Fav Korang!

Lee Min Ho Dikatakan ‘Extra Hot’ Dalam The King : Eternal Monarch