in ,

Tips Elak Pekak Di Usia Muda Akibat Earphone

Sumber gambar: Tumblr.com

Style la earphone ni… Harga pun tak ada la mahal mana, boleh je beli ni. Lepas ni tak payah la tidur sambil pakai earphone bertali macam yang ada ni, habis berselirat satu badan.

Haiippp, siapa yang suka sangat tidur sambil pakai earphone tu? Please hentikan tabiat tu sebab ia sangat tidak baik untuk kesihatan telinga korang. Bertambah bahaya sekiranya korang pakai earphone sambil charge phone, lagi la boleh mengundang kepada kematian. Just imagine kalau waktu korang tidur tu berlaku litar pintas antara earphone dengan phone tu, tak ke bahaya kepada diri korang?

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, telinga kita mampu untuk mendengar sehingga 20Hz sehingga ke 20000 Hz (20kHz) tetapi sekiranya lebih daripada itu, secara perlahan telinga kita akan kehilangan daya pendengaran kekal. Maksudnya dekat sini ialah pekak la. Korang pun mesti taknak pekak di usia muda kan? Ainaa akan share dengan korang beberapa cara untuk elakkan daripada jadi pekak pada usia muda sekarang.

SETTING PENGGUNAAN TAK LEBIH 90 MINIT

via GIPHY

Bila korang menggunakan earphone, make sure tetapkan ia hanya digunakan dalam masa tidak melebihi 90 minit dalam satu masa. Penggunaan earphone atau headphone akan menghasilkan satu gelombang elektromagnetik yang mana akan mengganggu fungsi otak kita. Sebab tu la kena ada had selama 90 minit dalam satu masa supaya telinga dapat berehat. Pada masa yang sama, kesihatan telinga juga tidak merosot sehingga boleh menjejaskan pendengaran kita.

ELAK PAKAI EARBUD/AIRPODS TERLALU LAMA

airpods meme - Google Search | Funny puns, Best funny images, Funny relatable memes
Sumber gambar: Pinterest

Bagi pengguna iOS, memiliki airpods merupakan satu impian setiap daripada penggunanya. Bukan apa, bila dah pakai phone canggih, takkan nak pakai earphone yang bertali lagi kan? Mesti la nak pakai yang lebih mudah dan cantik. Bukan setakat airpods, earbud pun sama juga. Lagi pula penggunaan earbud dan airpods ni mudah sebab boleh digunakan di mana-mana sahaja tanpa perlu risau pergerakan terbatas. Tetapi ia tidak digalakkan untuk digunakan dalam masa yang lama. Dalam earbud dan juga airpod mempunyai speaker kecil yang mempunyai kelantangan besar sehingga mampu untuk memberi kesan lebih besar kepada pengdengaran kita. Seeloknya korang letak had penggunaan earbud atau airpods dalam satu masa ya.

KAWAL VOLUME

Actual Volume of My Headphones in Public What I Think My Headphones Sound Like in Public Volume Volume 4 Good Meme | Meme on ME.ME
Sumber gambar: Meme

Kadang-kadang ni kalau tengah ada mood nak mengemas, kerja jadi lebih cepat kalau dapat pakai earphone sambil dengar lagu favorite dengan volume yang tinggi kan. Hakikatnya ia sangat la tak sihat sebab ia akan menyebabkan kerosakan kepada gegendang telinga Letakkan had volume earphone pada paras 60 peratus atau kurang daripada ketinggian itu. Kekuatan bunyi yang melebihi 90 peratus dalam masa melebihi 15 minit secara berterusan akan menyebabkan gegendang korang rosak. Kalau gegendang rosak, korang dah tak dapat mendengar dah ya. Takkan muda macam ni dah pekak kot? Mesti korang pun taknak kan…

BERI TELINGA BEREHAT

via GIPHY

Sekali sekala kurangkan pakai earphone tu. Bagi telinga korang berehat sekejap. Tak dinafikan dengar lagu atau tengok movie sambil pakai earphone ni memang best tapi best tu hanya sekejap, kesannya kita sendiri yang kena tanggung. Biasakan diri hanya gunakan earphone untuk aktiviti yang tertentu sahaja. Contohnya waktu nak jogging, nak on call dengan kawan, waktu dekat gym atau sewaktu berjalan seorang diri di mall sebab taknak rasa awkward sebab berseorangan. Selain daripada tu tak perlu pakai earphone, terutamanya kalau ada dekat rumah. Part on call tu make sure jangan sampai tertidur pula ya.

Waktu sekarang ni mungkin korang tak nampak kesannya tapi nanti bila dah dewasa mula la tak dengar bila mak panggil. Kalau sekarang dah rasa tak selesa dekat bahagian gegendang telinga, lebih baik berjumpa dengan doktor supaya masalah korang dapat dirawat dengan segera. Jangan dah melarat nanti baru nak cari solution sudah la.

What do you think?

19 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sekolah Ada Norma Baru, Ini Norma Lama Yang Ramai Rindu

Trend Baju Oversized, Okay Ke Tak?