in ,

Tips Elak Membazir Sempena Sale 12.12

Sumber gambar: Pinterest.com

Wuuhuu lagi tiga hari dah nak sampai sale 12.12! Confirm banyak online shop buat sale sampai harga pun murah gila-gila. Alamak risau pula tak dapat nak kawal nafsu membeli nanti, opss!

Amboi, excited ke nak beli barang sempena sale 12.12? Aduhh, kami di LUNARIA pun tak sabar, dah fikir dah nak beli apa. Korang lagi prefer shopping dekat Instashop, website atau shopping dekat mall sempena 12.12 nanti? Since semua dah tak sabar nak kejar sale semua, mungkin ada antara kita takut membazir dan berbelanja melebihi bajet betul tak? Perkara itu pun salah satu nightmare juga sebab takut seronok sangat nak shopping sampai lupa yang sebenarnya kita ada had bajet. Jom check it out apa cara yang boleh kita buat untuk elak membazir sempena sale akhir tahun ini!

INGAT MASA DEPAN ANDA

via GIPHY

Since sekarang dah masuk bulan Disember, maksudnya bulan depan dah masuk bulan Januari dan sekolah pun akan bermula. Just imagine kalau korang membazir banyak duit semata-mata nak penuhi nafsu shopping, macam mana nak survive next year di sekolah? Mana tahu kalau tahun depan nak pakai banyak duit untuk beli barang sekolah ke? Boleh jadi tahun depan pun ada sale lagi murah sempena awal tahun. Dah beli banyak sempena sale akhir tahun, tapi awal tahun punya sale lagi kaw kaw sale dia! Tercyduk sis rasa menyesal sebab dah spend banyak duit untuk benda yang korang ingatkan murah, tapi sebenarnya akan dapat lagi murah kalau korang bersabar sikit. So, beringat sikit okay girls kalau nak shopping supaya tak rasa menyesal dan membazir!

KEPERLUAN VS KEMAHUAN

Related image
Sumber gambar: andyyaole.blogspot

Dalam hidup ini kita diberi banyak pilihan. Salah satunya ialah antara kemahuan dan keperluan. Contohnya korang nampak satu tumbler unicorn yang memang comel teruk, tapi dekat rumah korang dah ada lagi dua tumbler yang tak dipakai dan kalau pakai pun sekejap-sekejap je. Then for what korang nak beli baru semata-mata sebab ianya comel? Itu maksudnya kemahuan, bukan keperluan. Keperluan ialah bila dekat drugstore ada sale skincare sebanyak 70% dan kebetulan korang punya cleanser pun dah habis. So beli je sebab itu ialah keperluan yang korang memang akan pakai. Nampak tak beza dekat situ? Make sure fikir masak-masak dulu sebelum purchase barang ya.

BUAT LIST SEBELUM ADD TO CART

via GIPHY

Korang mesti dah banyak benda yang korang nak beli betul tak? Ada yang nak beli tudung, meja study, skincare baru, dress, beg, kasut eh macam-macam lagi barang yang dah ada dalam fikirkan korang. Tapi sebelum korang nak beli semua itu, perkara paling utama ialah untuk korang buat list dulu barang apa yang korang nak beli. Make sure barang-barang itu korang akan pakai dan bukannya beli semata-mata sebab murah atau sebab BFF korang ada benda yang sama, korang pun nak juga. Itulah pentingnya list sebab bila ada list, baru boleh agak berapa duit yang korang perlukan untuk beli semua barang, tak adalah juga sampai terpaksa guna duit dalam tabung semata-mata nak ikutkan nafsu shopping.

BUAT HAD PERBELANJAAN SEMPENA SALE

via GIPHY

Kalau ikutkan nafsu shopping, tak tahu berapa banyak duit yang akan dikeluarkan waktu sale nanti.. Apa yang boleh korang buat sekarang ialah buat had perbelanjaan berapa banyak duit yang korang perlukan untuk sale kali ini. Contohnya mak korang bagi duit RM100 dan ayah pun bagi RM100 juga. Potong half daripada campuran kedua-dua duit jumlahnya 100 betul tak? Jom gunakan RM100 je untuk beli barang sale, lagi RM100 simpan untuk benda lain. Maybe untuk next time punya sale pun boleh. Bila dah letak had ini, kita akan berhati-hati dan beli barang yang betul-betul perlu je. Tak ada membazir beli benda yang takkan digunakan.

P/S: Shopping jangan sampai kena scam pula ya. Nampak je harga murah terus beli. Baca dulu review daripada previous customer okay!

Haihh tak sabar pula nak tunggu sale. Mesti banyak gila benda murah-murah! Korang dah tahu ke nak beli apa nanti? Sis still fikir lagi nak beli barang apa sebab memang blank lagi. BTW nanti Zoe akan buat artikel tentang barang yang boleh korang shopping sempena sale tau. So, stay tuned untuk artikel itu! Selamat shopping girls!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Semangat The Rose Buat Black Rose Malaysia ‘Tercyduk’

Period Kali Pertama? Ini Korang Kena Buat