in ,

Tips Elak Bibir Kering Sepanjang Ramadan

Sumber gambar: Pinterest.com

Asyik mengelupas je bibir ni, nak kata pakai lipstick tu tak ada la pula. Lagi pun sekarang ni memang duduk dekat rumah je, tak ada nak pakai makeup pun.

Bibir kering ni memang masalah utama bukan sahaja untuk kaum perempuan tetapi lelaki pun mengalami masalah yang sama, lagi-lagi dalam bulan puasa ni. Biasanya kalau bibir kering, kita mesti akan ‘basahkan’ dengan jilat bibir kan. Sebenarnya kalau kita buat macam tu, bibir akan jadi lebih kering. Jom kita tengok kaedah yang boleh kita gunakan untuk mengatasi bibir kering sepanjang berpuasa.

JANGAN JILAT BIBIR

Mulut Kering & Merekah? Ini 8 Tips Mudah Untuk Korang Dapatkan ...
Sumber gambar: Apampanas

Sesetengah orang mempunyai tabiat menjilat bibir bagi tujuan membasahkan kawasan bibir mereka. Memang la dengan cara tu bibir kita akan basah, tetapi hanya berkesan dalam jangka masa yang singkat sahaja. At the same time ia akan membuatkan bibir korang bertambah kering ya. Dalam air liur kita mengandungi asid yang boleh membuatkan bibir menjadi lebih kering. Tabiat ni memang susah nak hentikan, lagi-lagi bila bulan puasa ni ada je rasa nak jilat bibir. Daripada korang jilat bibir, baik basahkan je dengan menggunakan air, tapi jangan minum pula ya!

PAKAI LIP BALM

Mulut Kering & Merekah? Ini 8 Tips Mudah Untuk Korang Dapatkan ...
Sumber gambar: Sains.kompas

Lip balm ni sepatutnya menjadi BFF kita tau. Setiap kali keluar pergi mana-mana, make sure lip balm ada dekat dalam handbag. Lip balm ni mampu untuk mencegah bibir daripada terus kering. Seeloknya kalau korang nak pakai lipstick tu, pakai dulu lip balm supaya lipstick akan jadi lebih cantik dan bibir korang pun tak kering. Untuk pemilihan lip balm pula, seeloknya kalau korang cari lip balm yang mengandungi SPF dan minyak semula jadi. Ia akan membuatkan bibir kita kurang kering dan melindungi daripada sinaran matahari. Ada sesetengah orang lebih suka menggunakan petroleum gel, korang boleh pilih sama ada nak gunakan petroleum gel jenis natural atau yang warna pink tu.

PAKAI LIPS SCRUB

5 DIY Lip Scrub yang Bisa Kamu Buat Sendiri di Rumah | The Shonet
Sumber gambar: Theshonet

Selalunya kita mesti akan skrub muka at least seminggu dua atau tiga kali kan? Jangan lupa, bibir tu pun nak kena skrub juga ya. Skrub bibir ini bertujuan untuk melembapkan bibir dan membuang sel kulit mati. Korang boleh buat sendiri bahan skrub tu dengan menggunakan gula dan madu sahaja. Amalkan setiap kali selepas mandi supaya bibir akan jadi lembut dan tidak kering. Kalau taknak gunakan skrub, korang boleh sediakan satu berus gigi lembut khas untuk gosok bibir. Cara ni pun berkesan juga untuk kurangkan bibir kering tau, asalkan korang rajin la.

JANGAN KUPAS BIBIR

twtkecantikan on Twitter: "Bibir kering #tipsTK 1- jgn jilat bibir ...
Sumber gambar: Twitter

Selain tabiat jilat bibir, tabiat kupas kulit bibir kering ni pun salah satu perkara yang kita WAJIB elakkan. Dah la bibir tu kering, korang tarik pula kulit kering tu, jadi berdarah la nanti. Bila dah berdarah, bibir korang akan luka dan nanti nak pakai lipstick pun dah tak cantik. Let say kalau rasa geram sangat tengok kulit tu dah kering, korang pakai je lip balm, at least bibir akan jadi lembap sikit.

MINUM BANYAK AIR MASAK

via GIPHY

Water is the key of hydration. Bila kurang minum air, bukan setakat bibir je yang akan kering, kulit dekat bahagian badan kita pun akan jadi kering juga tau. Waktu sahur tu, minum air banyak sikit. Make sure minum air masak ya, bukan air sejuk atau air manis. Waktu berbuka pun kalau boleh elakkan minum air manis dan banyakkan minum air masak sahaja.

Kita memang tak boleh nak elakkan daripada bibir kering ni, bukan setakat pada bulan puasa je masalah ni akan datang tapi waktu biasa pun memang kita akan alami masalah bibir kering. Tapi kalau korang amalkan tips yang Ainaa bagi ni, mungkin bibir korang akan sihat sentiasa?

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menanti Hari, Ariff Bahran Bakal Release Single Baru

6 K-Drama Terbaru Bulan Mei 2020 Harus Tonton