in , ,

Tips Cuci Muka Mingguan Korang Kena Tahu!

Sumber gambar: www.racked.com

Happy weekend girls! Apa aktiviti harini? Haa dah mandi ke belum tu? Hehe! Kalau tak ada plan apa-apa, jom kita belajar steps cuci muka mingguan! Yup! Cuci muka bukan je perlu buat setiap hari, but on weekend kita ada extra steps sikit! Hehe! Jerawat yang ‘singgah’ pada usia remaja adalah jerawat yang normal tau girls.. Kenapa normal? Sebab masa usia remaja kita mula lalui perubahan terhadap hormon! Jom ikut steps LUNARIA kongsikan ni untuk dapatkan kulit yang lebih sihat!

SKRUB & MASK MUKA

Ada macam-macam jenis skrub dan mask yang #Lunagirls boleh pakai on weekend! Nak buat sendiri pun boleh tau.. Korang boleh buat check out artikel DIY mask LUNARIA kongsikan! Dan kita tak boleh skrub muka terlalu kerap.. cukup 2 kali seminggu okay girls! Setiap hujung minggu korang boleh set date dengan kawan baik atau kakak dan mak untuk pakai skrub dan mask together! Best nya!

BERSIHKAN PHONE

via GIPHY

Ingat #Lunagirls! Setiap hujung minggu kita kena bersihkan phone tau.. Selepas seminggu guna phone ada banyak bakteria terkumpul like berjuta-juta okay! Nasib baik kita tak nampak je.. LUNARIA rasa kalau kita boleh nampak bakteria dengan mata kasar, mesti kita rasa geli nak pegang phone! OMG! Cara nak bersihkan senang je, korang hanya lap phone menggunakan sanitizer dan tisu basah! Settle!

TUKAR SARUNG BANTAL

Sumber gambar: curlsunderstood.com

Haa.. siapa dekat sini pakai sarung bantal lebih daripada sebulan? No no girls! Tukar please! Kalau #Lunagirls nak tahu, kita perlu tukar sarung bantal setiap hujung minggu sebab waktu tidur, badan kita mengeluarkan peluh lebih banyak daripada kita berjaga tau! Sarung bantal kita dah serap banyak peluh kita, so bakteria banyak terkumpul! Sebab tu muka kita mudah naik jerawat..

CUCI MAKEUP BRUSH

via GIPHY

Kalau #Lunagirls seorang makeup junkie, sangat penting untuk bersihkan berus makeup setiap minggu! Sekarang ni ada macam-macam jenis pencuci dan cara untuk cuci berus makeup tau! Ada yang guna mesin special dan ada yang manual cuci sendiri guna makeup cleaning pad.. Ikut keselesaan masing-masing okay?

#Lunagirls dah ready nak buat steps extra minggu ni? Hehe! Apa-apa pun kita kena rawat dalaman dulu untuk kekal cantik and cute! Pinkish flawless gitu! Penjagaan dan kebersihan muka sangat penting untuk kita gadis-gadis jaga tau.. Selamat mencuba tips LUNARIA ni!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Period Datang Lambat Ni?

Phone Mahal Tapi Cable Sampai Bertampal!