in ,

Tips BOEK Untuk Lelaki Jaga Muka

Biasanya orang lelaki jarang kita tengok, nak ambil kisah mengenai rutin penjagaan kulit muka, tambahan pula terpaksa mengunakan atau pun membeli produk-produk yang adakalanya mengalahkan perempuan. Bagi sesetengah mereka, penjagaan kulit muka perkara yang sangat remeh dan buang masa. Selain itu, ada juga antara mereka lebih suka guna satu produk yang sekali harung saja seperti sabun tiga dalam satu begitu yang boleh diguna dari hujung rambut hingga hujung kaki. Untuk pengetahuan semua boys, korang pun perl jaga muka tambah pula cuaca sebegini di negara kita sekejap panas, sekejap hujan muka korang pun boleh break out tau! Nah! Kali ini LUNARIA akan kongsi dengan boys squad tentang benda asas yang diperlukan bagi penjagaan muka.

FACIAL ROUTINE

via GIPHY

Kalau macam perempuan biasanya mereka akan ada banyak sangat step dari buang mekap sehinggalah yang terakhir pakai krim, tidak kira krim siang dan malam. Tetapi kalau untuk lelaki, korang perlu juga buat facial routine korang tapi tak serumit cara perempuan. Cukuplah sekadar pakai pencuci muka dan guna moisturizer seperti aloe vera pun sudah memadai. 

SUNBLOCK

via GIPHY

Disebabkan lelaki lebih ramai yang aktif dan lain-lain, korang ada sebab untuk wajib gunakan sunblock setiap hari. Belum lagi termasuk aktiviti sukan, bawa motosikal bawah panas dan sebagainya, memang korang wajib apply sunblock pada kulit korang. Ingat ya, sunblock bukan sebab nak lindung kulit korang dari jadi lebih gelap tapi tujuan utama korang pakai sunblock sebab nak lindungi kulit korang dari sinaran UV yang memang kalau korang terdedah lama akan bahayakan kulit korang.

BUAH DAN SAYUR

Amino

Kemudian, makan buah-buahan dan sayur-sayuran pun lebih senang untuk korang yang lelaki ini dalam penjagaan muka. Nak tahu sebabnya? Sebab lelaki tak perlu banyak step dalam rutin harian penjagaan muka pun dan itu juga alasan korang perlu jaga pemakanan. Benda ini pun amat baik untuk korang sebab dari dalaman itu yang buatkan seri akan terpancar ke fizikal, haa…gitu…

KRIM MALAM

Koreaboo

Pemakaian krim malam pun korang yang lelaki ini perlu buat dalam penjagaan muka harian korang sebab waktu malam biasanya muka juga perlukan zat yang baik sambil korang tidur. Tak perlu pakai yang banyak-banyak itu pun tak apa, asalkan korang dah pakai krim malam sekali sebelum tidur pun sudah cukup.

STOP SMOKING

Dallasnews

Sekarang ini makin ramai yang suka hisap pod and vape. Bukan setakat orang dewasa tetapi yang masih bersekolah antara yang berumur 16 tahun ke 17 tahun pun ada yang telah mula hisap. Tapi korang tahu tak yang smoking termanya bukan digunakan untuk rokok sahaja? Tapi segala bahan yang korang hisap itu pun bukan setakat beri bahaya pada diri sendiri, ia juga akan beri kesan kepada muka korang. Jadi, kalau korang stop smoking muka korang akan lebih baik dan terjaga.

Selepas ini, awak yang lelaki dah tahu cara penjagaan muka paling asas boleh cuba untuk aplikasikan sendiri sebagai rutin harian korang. Supaya nanti tak adalah perempuan saja nak nampak cantik berseri, yang lelaki pun perlu nampak segak dan berseri barulah ramai tak cakap kita selekeh hanya sebab tak jaga muka.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

V BTS Menang Anugerah Lelaki Kacak 2019!

Jadi Budak Baik Bukan Bermaksud Diri Membosankan