in ,

Tips Bijak Beli Smart Phone Baru!

Sumber Gambar: www.consumerreports.org

Percaya tak kalau LUNARIA kata budak 3 tahun pun dah ada smart phone sendiri? Yup! Sekarang semua orang bergantung pada smart phone.. nak makan search kedai dekat phone, nak cari jalan search dekat phone dan nak bersosial pun melalui smart phone! Dan ada pelbagai jenis smart phone di pasaran sampai kita pun tak terkejar nak beli.. haha! Harini LUNARIA kongsikan 5 tips penting untuk korang tahu sebelum beli smart phone baru!

CHECK HARGA SEBENAR

via GIPHY

Sebelum membeli pastikan #Lunagirls check dulu harga pasaran phone pilihan okay!Supaya taklah senang-senang kena tipu dengan penjual… Dan ingat untuk berhati-hati kalau harga yang di jual terlalu tinggi maybe penjual mahu untung lebih, dan kalau harga yang agak kurang daripada pasaran, maybe itu bukan original set!

PERIKSA STORAGE

Sumber gambar: www.techadvisor.co.uk

Storage phone ini penting tau! Nanti kalau #Lunagirls baru saja guna beberapa bulan, storage dah penuh! Tak pasal-pasal kena kena beli SD card tambahan! Sebaiknya korang beli smart phone yang mempunyai kapasiti 32 gb dan ke atas okay..

PERIKSA IMEI

via GIPHY

IMEI ini seperti identiti smart phone korang tau! Cara nak check imei senang je.. #Lunagirls dail *#06# dan dekat screen phone korang nanti akan tertera 15 digit number IMEI! Selepas itu, korang periksa adakah number IMEI dekat kotak phone sama atau tak!

PERIKSA HARDWARE

Sumber gambar: https://www.ebay.ie/itm/Motherboard-Phone

Ini tips penting untuk bakal pembeli smart phone Android! Cara mudah untuk tahu phone tersebut bakal berfungsi dengan baik atau tidak, #Lunagirls hanya perlu dail number *#0*#.. Selepas itu akan keluar menu pilihan yang akan membolehkan korang test sensor, touch, led, speaker dan banyak lagi!

TRUSTED SELLER

via GIPHY

Kebiasaannya setiap smart phone mempunyai kedai tersendiri.. Pastikan #Luangirls beli daripada trusted seller okay! Memang ramai online seller akan jual smart phone dengan harga murah tapi jangan nampak harga murah terus beli ya! Kadang-kadang phone tersebut bukan original set! 

Selepas ini #Lunagirls jangan terus terjah saja kedai mana-mana atau beli smart phone secara online! Ingat girls, sebelum beli nanti ikut tips ini dulu okay.. Jom jadi pengguna yang bijak!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Jenis Seluar Ohsem Korang Kena Ada!

Atlet Wanita Jadi Inspirasi #Lunagirls!