in ,

Tips Bercukur Untuk Girls Supaya Tak ‘Cedera’

Sumber gambar: Youtube.com

Aduhh, baru pakai shaver ni tapi kenapa boleh luka pula? Habis kaki ni luka dibuatnya, haihh malas la nak guna wax, pakai shaver lagi cepat.

Girls, korang lebih prefer untuk shave atau gunakan wax untuk membuang segala bulu bulu kehidupan? Kalau Ainaa yang tak tahan sakit wax ni, memang Ainaa lebih prefer untuk gunakan shaver je sebab mudah dan cepat. Kalau wax tu nak tunggu kering dan menjerit sebab kesakitan lagi, hehe!

via GIPHY

Tapi for those yang macam Ainaa suka pakai shaver ni, korang tahu tak ada beberapa perkara yang boleh kita elakkan untuk mengalami kecederaan bila tengah bercukur? Kadang-kadang tengah seronok shave tu boleh pula luka. Jadi drama air mata pula kalau dah luka tu, terus taknak shave dah, biar je bulu bulu kehidupan panjang sebab fobia. Untuk elakkan drama air mata itu berlaku, jom kita tengok beberapa cara yang berkesan untuk elakkan daripada mengalami kecederaan waktu tengah shave tu.

PAKAI KRIM PENCUKUR

via GIPHY

Kalau nak bercukur, adakah korang akan cukur dalam keadaan kering atau korang akan sapu dulu dengan krim pencukur ataupun hanya menggunakan sabun sebagai ‘pelincir’ untuk memudahkan kerja mencukur dijalankan? Seeloknya kita kena la gunakan krim pencukur kerana ia mampu membuatkan bulu tumbuh dengan lebih lambat dan bulu juga akan tumbuh dengan lebih lembut daripada biasa. Elakkan guna sabun mandi sebab ia akan menghasilkan buih yang mana menyebabkan mata bilah menjadi tumpul. Bagi pemilihan krim pencukur pula, kena tengok juga sama ada ia mempunyai kandungan alkohol atau pewangi, kalau dalam kandungan bahan mempunyai dua bahan ni, elakkan daripada menggunakannya sebab ia akan membuatkan kulit menjadi kering dan iritasi.

PILIH PENCUKUR YANG BETUL

Gflv manual razor shaver handles holders suitable for gillette 5 ...

Ada banyak jenis pencukur yang dijual dekat pasaran, ada juga yang mempunyai dua dan tiga mata bilah. Lebih elok kalau kita menggunakan pencukur yang mempunyai mata bilah yang sedikit kerana ia mampu untuk menghilangkan bulu dan juga mampu untuk menanggalkan subdermal yang menyebabkan kegatalan dekat kawasan yang dicukur.

GUNA PERAPI RAMBUT

via GIPHY

Krim pencukur dah habis, tak boleh pula nak pakai sabun sebab nanti ia membuatkan kulit menjadi kering. Alternatif terakhir yang boleh digunakan ialah dengan cara menggantikan krim pencukur dengan perapi rambut atau conditioner. Biasa kalau lepas selesai shampu rambut mesti kita akan gunakan conditioner untuk melembutkan rambut kan? Sama juga kalau nak shave, kita boleh gantikan dengan conditioner sekiranya terdesak. Ini dalam keadaan terdesak je tau, bukan untuk selama-lamanya nanti satu hal pula setiap bulan nak kena beli conditioner baru sebab dah habis buat ganti krim pencukur, haha!

PAKAI SHAVER PEREMPUAN

Tips Mencukur Bulu Kemaluan dengan Aman - Alodokter
Sumber gambar: Alodokter

Since dekat pasaran memang ada banyak pencukur yang dijual tapi jangan sampai tersalah beli shaver ya girls. Jangan sesekali pakai shaver lelaki kerana shaver tersebut telah direka khas untuk kaum lelaki yang mana tidak sesuai untuk wanita. Pencukur untuk wanita telah direka khas untuk mengelakkan daripada kita mengalami kecederaan ketika bercukur. Nak murah, beli shaver yang berwarna pink tu sebab itu memang khas untuk kaum wanita. Kalau ada budget lebih sikit, beli la yang mahal tu sebab ia lebih tahan lama dan berkualiti.

SENTIASA TUKAR PENCUKUR

Fungsi dan Kepentingan Bulu Ari-Ari Pada Bahagian Sulit Anda ...
Sumber gambar: Iluminasi

Kita hanya boleh menggunakan pencukur yang sama selama dua atau tiga kali sahaja, jangan sesekali pakai banyak kali ya. Bilah pisau pencukur tu dah tumpul dan itu yang menyebabkan kita mengalami kecederaan ketika sedang bercukur. Ia juga akan membuatkan kita mengalami iritasi pada kawasan kulit.

JANGAN KONGSI

via GIPHY

Tak kisah la dengan adik beradik atau sesiapa pun, jangan sesekali kongsi shaver tu ya girls! Itu merupakan barang peribadi kita yang tidak sepatutnya dikongsikan bersama dengan orang lain. Kalau nak diikutkan ia sangat la tidak sesuai untuk dikongsikan kerana tidak bersih dan takut juga kalau berjangkit dengan penyakit yang berbahaya.

SAPU LOSYEN

via GIPHY

Biasa la kalau lepas shave mesti akan rasa gatal-gatal kan? Untuk elakkan kegatalan itu terus berlaku, korang boleh la sapukan losyen atau letakkan bedak bayi kerana ia mampu untuk melegakan kegatalan. Lepas ni tak ada la korang asyik garu-garu je ketiak tu, LOL!

Bagi Ainaa apa yang penting ialah kita kena sentiasa jaga kebersihan alat pencukur tu sendiri. Ingat, selalu tukar dan jangan berkongsi dengan orang lain ya.

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Rambut Paling Sesuai Untuk Gadis Berambut Nipis

Belajar Bahasa Korea Dengan Netizen Di Twitter