in ,

Tips Beli Baju Bundle Untuk Broke Fashionista

Sumber gambar: youtube.com/conangray

Fesyen dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan dan dua perkara ini memang akan sentiasa berputar sama seperti roda dari zaman ke zaman. Sekarang ini pula banyak trend baju yang lama diangkat semula dan disebabkan hal ini ramai anak muda seperti korang yang ada habit suka berbelanja pakaian di thrift shop atau bundle. Bukan setakat murah, meriah, malah banyak pilihan dan pakaiannya masih lagi dalam keadaan baik dan masih boleh dipakai. Kadang-kadang baju yang korang jumpa di thrift shop pun memang rare dengan brand ternama yang korang pun tak jangka ia akan dijual dengan harga yang murah amat. Jadi, untuk korang yang “broke fashionista” penggemar baju thrift shop atau bundle ini, kami akan kongsi beberapa tips berguna.

SABAR

via GIPHY

Korang wajib bersabar sebab korang perlu selami baju di dalam thrift shop dengan teliti sebab kalau korang pilih terlalu awal, nanti korang menyesal. Sebaiknya, pastikan baju yang korang pilih itu ada saiz korang, kena dengan stail korang, harganya berpatutan dan berada dalam keadaan yang baik. Sebab itu orang kata kalau nak pergi beli pakaian di thrift shop atau bundle, korang perlu ambil masa yang lama sedikit.

PADANKAN GAYA

via GIPHY

Disebabkan banyak sangat jenis pakaian di dalam thrift shop itu, pasti korang sendiri pun pening dan rambang mata nak ambil dan beli terus baju-baju di thrift shop kan? Jadi, sebaiknya korang ambil pakaian yang mudah untuk dipadankan dengan gaya korang sendiri sebab nanti risau bila main ambil dek kerana cantik sahaja, akhirnya pakaian itu terletak berhabuk dalam almari korang tanpa disentuh.

CEK JAHITAN

via GIPHY

Waktu korang nak beli pakaian di kedai baju seperti ini juga korang wajib periksa segala jahitan dengan teliti. Ya, memang baju yang dijual di thrift shop memang masih elok, akan tetapi kadang-kadang penjual terlepas pandang tentang sama ada jahitan ia masih elok atau ada yang sudah putus-putus, betul tak? Jadi korang just double check butang, jahitan, kotoran itu boleh dihilangkan atau tidak dan lain-lain. Iyalah nak bergaya nanti tak nak lah ada yang cacat cela sedikit kan? Hehe

TAWAR DISKAUN

via GIPHY

Selain dari itu, kalau korang nak tahu kebanyakan thrift shop dan bundle di negara kita ini orang boleh cuba minta tawar diskaun harga baju sebab mereka dah jual barang lama kan? Tapi bukan bermakna korang boleh tawar dengan harga yang terlalu murah sampai mereka tak dapat untung langsung tau! Korang boleh minta harga tawaran jika butang hilang ke,kualiti baju itu slack sikit ke dan ia tergantung dengan kekurangan baju itu.

CUCI BAJU 

via GIPHY

Yang terakhir, kalau korang dah siap shopping di thrift shop, pastikan balik rumah korang rendam guna air suam untuk matikan kuman dan cuci dahulu pakaian korang dah beli itu. Bukan apa, iyalah kan itu baju yang pernah digunakan oleh orang dan kita tak tahu sama ada ia masih bersih atau tidak. Jadi, nanti bila dah bersih, korang bolehlah pakai baju itu! 

Walaupun baju-baju thrift shop merupakan baju second, tidak ada salahnya pun untuk sesiapa saja nal cuba beli. Cuba lah korang yang belum pernah beli itu beli, korang boleh ketagih tau! Sebab barang-barangnya memang menarik! Jadi selepas ini tak ada masalah lah untuk korang memburu pakaian yang terbaik di thrift shop.

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dengar Lagu Boleh Kurangkan Rasa Insecure?

Perkara Penting Korang Kena Tahu Sebelum Bela Pet