in ,

Tips Belajar Unik Dan Istimewa Yang Pelajar Harus Tahu

Sumber gambar: medium.com/@pitchaya.paramavej

Sebagai seorang pelajar, mesti korang sentiasa ada sifat ingin tahu tentang sesuatu perkara yang baru. Bukan setakat itu sahaja, malah ada di antara pelajar juga mesti suka mendengar dan ingin mencuba pelbagai tips belajar dan apa sahaja tips yang berguna untuk menjadikan diri korang lebih baik dari masa ke semasa. Jadi, kali ini kami akan kongsi dengan korang beberapa tips unik dan istimewa yang korang harus tahu untuk menjadi seorang pelajar yang terbaik dan kreatif berinovasi.

HANDPHONE DALAM GELAS

Sumber gambar: do it and how

Untuk korang yang masih belajar dan perlu ke sekolah sesi pagi. Cuba korang setiap malam letakkan telefon korang di dalam gelas kosong. Biarkan sahaja telefon dan gelas itu di atas nightstand sebelah katil korang dan esok pagi korang mesti akan bangun dengan mudah sebab alarm korang akan bergema dengan lebih kuat. Memang sesuai untuk korang yang jenis susah bangun tidur. Akan tetapi, kalau korang ini seorang yang jenis letak apa pun masih tidak sedar. Minta tolong parents saja okay.

MAIN GAME ONLINE

Sumber gambar: elite daily

Ya, nak jadi seorang pelajar yang berjaya. Korang mestilah sekali sekala kena luangkan masa untuk bermain game secara online. Bukan setakat bermain game yang fun saja tau, korang boleh juga bermain banyak academic game sebab memang ia sangat function untuk perkembangan otak dan minda korang sebagai seorang pelajar.

COKLAT HITAM

Sumber gambar: pinterest

Coklat hitam atau dark chocolate adalah makanan yang paling sesuai untuk korang yang masih belajar tau sebenarnya. Ini sebab kandungan yang ada dalam dark chocolate mampu membantu kesihatan dan kecerdasan otak. Jadi, selepas ini bolehlah korang makan coklat puas-puas.Β 

HARUS TIDUR

Sumber gambar: ny metro vein

Siapa cakap yang jadi pelajar ini, kita mesti belajar sepanjang masa? Sebenarnya, bila korang dah pulang sahaja dari sekolah. Sampai sahaja di rumah, korang kena mandi dan pastikan korang tidur tau. Korang boleh tidur selama sejam ke dua jam sahaja. Selepas itu, barulah korang set masa belajar korang.

YOUTUBE STUDY

Zaman sekarang kan dah ada benda yang lebih mudah, jadi why not korang tonton sahaja Youtube academic study sebab kalau korang nak tahu. Pembelajaran secara visual ini sebenarnya lebih mudah untuk para pelajar nak faham. Korang tinggal perlu cari sahaja subjek dan topik apa yang korang nak ulangkaji dan online tutor di Youtube mesti dah ada content untuk korang tonton dengan lebih seronok.

Ha! Nampak tak? Sebenarnya senang saja nak jadi seorang pelajar ini. Kita tak perlu pun menghadap buku dan kertas 24 jam. Nak belajar pun sebenarnya tidak perlu terlalu lama pun dan pastikan korang mampu susun jadual korang itu untuk jadi lebih seimbang. Apa-apa pun, nak belajar ini pun kadang-kadang kenalah dalam cara yang menyeronokkan. Barulah tak stress sangat, betul tak?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

7 K-Idol Yang Mengidolakan Taehyung BTS Sebagai β€˜Role Model’

Sifat Rare Yang Bakal Buat Orang Suka Dengan Kita