in , , ,

Tips Belajar Bijak Subjek Matematik

Sumber gambar: www.independent.co.uk

Memang tidak dinafikan, belajar di sekolah memang menyeronokkan sebab kita akan dapat banyak ilmu pengetahuan melalui teori dan contoh yang cikgu ajar di sekolah. Akan tetapi, bila masuk sahaja bab mengira, mesti kebanyakan dari kita yang anggap subjek itu susah. Lebih lagi subjek matematik, hmm itu belum masuk matematik tambahan dan juga fizik. Bagi yang tidak minat, mesti korang akan rasa apa yang susah sangat mengira ini kan? Haha! Subjek ini pula adalah subjek yang wajib korang ambil, kalau nak sambung belajar ke universiti, ha! Lagi lah kan? Hehe! Jadi kali ini, apa kata daripada korang asyik ‘benci’ dengan subjek matematik. Apa kata korang cuba tips belajar dan bijak dalam matematik ini? Mana tahu, kalau korang cuba. Tiba-tiba markah matematik korang jadi semakin bagus. Kan korang juga yang akan bangga dengan diri korang?

CINTAKAN MATEMATIK

Sumber gambar: IDN times

Benda pertama adalah korang wajib ubah mindset korang tentang subjek matematik ini adalah subjek yang mudah. Kalau korang sedar, bila kita dapat selesaikan soalan matematik itu, mesti korang akan cakap “lah senang saja rupanya…”. Nampak kan? Di sini sebenarnya jika korang sentiasa fikir matematik itu adalah subjek yang senang, mesti korang akan sentiasa rasa seronok saja nak belajar matematik!

FAHAM KONSEP DAN RUMUSAN

via GIPHY

Ramai pelajar lebih memilih untuk menghafal daripada memahami konsep dan rumusan matematik. Pada hal, kalau korang fahami dahulu konsep dan rumusan asas cara nak menyelesaikan soalan matematik itu, korang akan lebih mudah nak selesaikan yang lain. Hmm…

GURU YANG BERKUALITI

Sumber gambar: youtube sinar

Cikgu ini, sebenarnya bukan di sekolah sahaja. Dengan waktu yang singkat di sekolah, sebenarnya korang kena belajar juga dengan cikgu di luar waktu tuisyen atau kelas tambahan. Mana tahu, bila korang belajar dengan cikgu yang berkualiti dan sentiasa tunjukkan pada korang bahawa subjek ini menyeronokkan sama seperti geng cikgu ‘Sirpuloh’ itu. Mesti korang akan rasa nak lagi belajar matematik.

ULANG LATIHAN

via GIPHY

Kenapa tidak korang cuba letakkan cita-cita untuk sertai “Math Olympics”. Bila korang ada cita-cita yang tinggi, pasti korang akan berusaha keras untuk capai apa yang korang nak itu kan? Jadi, korang cuba buat latihan matematik dengan kerap, sambil itu fikir saja yang korang nak kena sertai pertandingan “Math Olympics”. Jadi, bila buat latihan itu, korang akan lebih bermotivasi.

AJAR KAWAN

Sumber gambar: twitter MsVTigerMathEdu

Ada ilmu, jangan pernah kedekut tau! Jadi korang boleh juga ajar kawan korang yang lain untuk belajar matematik. Dengan mengajar kawan korang subjek ini, korang mesti secara tidak langsung akan dapat tahu ilmu lain mengenai matematik sambil dapat memahami subjek itu dengan mudah sebab korang dah kongsi ilmu dengan orang. Itu juga adalah tanda korang dah faham.

REWARD DIRI

via GIPHY

Bila dah berusaha sampai penat otak korang nak selesaikan banyak sangat soalan matematik. Apa kata korang reward lah diri korang juga. Contohnya, bila dah selesaikan satu buku latihan dalam satu bulan, korang beli lah hadiah untuk diri. Kalau dapat markah tinggi pun lakukan perkara yang sama.

Dengan ada nya tips ini, mesti selepas ini korang akan rasa yang belajar matematik itu adalah sesuatu yang menyeronokkan. Apa yang penting, mulakan dengan mindset yang lebih segar dan positif. Mesti korang boleh buat! Hehe! 

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mulakan Fasa Baru, Nabila Razali Unfollow Semua Orang…

Mulanya Suka-Suka, Lagu ‘Cute’ Harith Zazman Dah Ada MV!