in ,

Tips Atasi Masalah Kaki Berbau!

Sumber Gambar: http://www.edisirakyat.com

Hi girls! Korang suka pakai kasut kalau pergi hang out? Haa pernah tak tercium bau kaki sendiri lepas buka stokin? Lagi-lagi bila dah berjalan satu hari..kaki pun dah berpeluh.. Fuhh! #Pengsan Haha! Jangan risau okay #Lunagirls, masalah bau kaki sangat normal! Jom cuba tips yang LUNARIA sediakan ini..

RENDAM DALAM AIR GARAM

via GIPHY

#Lunagirls hanya perlu isi air suam ke dalam baldi antara ½ hingga satu cawan.. kalau untuk sukatan garam, #Lunagirls boleh tuang setengah paket  dan rendam kaki selama 20 minit! Buat setiap hari selama seminggu untuk hasil yang lebih cepat!

AIR REBUSAN TEH

via GIPHY

Bukan teh minuman tu tau girls! #Lunagirls masukkan satu uncang teh ke dalam satu periuk dan rebus selama 15 minit! Bila air rebusan dah mendidih, campurkan dengan air sejuk setengah cawan dan rendam kaki selama 30 minit.. senang!

PAKAI STOKIN YANG SESUAI

via GIPHY

Sebelum #Lunagirls beli stokin, korang mesti check fabrik kain stokin dulu. Kalau boleh belilah stokin yang diperbuat daripada kain jenis nilon dan kapas sebab ia lebih menyerap peluh dan memberi ruang untuk kaki bernafas.

SEMBUR PEWANGI

via GIPHY

Sekarang ada banyak product pewangi kasut! Tapi kalau nak yang lebih berkualiti boleh beli di farmasi. Ia bagus sebab bukan saja dapat menghilangkan bau malah membunuh bakteria! So dapat kurangkan bau kaki nanti!

TABUR TEPUNG JAGUNG

via GIPHY

Kalau tak ada pewangi pun takpe tau, #Lunagirls boleh gantikan dengan tepung jagung atau bedak! Sebab ia akan meresap semua kelembapan dalam kasut dan kekal wangi.

#Lunagirls jangan pandang remeh tentang masalah kaki berbau ni tau.. Walaupun ada yang menganggap ‘ala siapa nak cium kaki’ tapi sebenarnya sangat penting untuk seorang gadis menjaga kebersihan diri! Pastikan jaga diri dalam dan luar okay girls..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Apps Mudah Belajar Bahasa Inggeris!

4 Sebab Bulu Mata Selalu Gugur!