in ,

Tips And Tricks Sebelum Selam Pakaian Bundle

Sumber gambar: hypeandstuff.com

Pakaian bundle sudah menjadi pilihan bagi sesetengah remaja pada masa kini. Bukan setakat kerana ianya murah dan berpatutan, malah ia juga sangat vintage dan fashionable, lebih lagi dengan remaja pada masa kini sangat bijak dan kreatif dalam menggayakan pakaian bundle. Jadi, untuk korang yang suka beli pakaian bundle atau mungkin korang baru pertama kali nak cuba untuk membeli pakaian bundle. LUNARIA akan kongsi beberapa tips yang berguna dan menarik untuk korang pastikan baju yang korang beli itu berbaloi! 

PERIKSA BAHAGIAN JAHITAN TERSOROK

Sumber gambar: fashionista

Ini adalah bahagian yang sangat penting sewaktu nak beli baju di bundle. Sesetengah baju bundle, kadang-kadang penjual tidak check pun sama ada ia elok untuk dipakai atau tidak sebab ada sahaja bahagian baju yang dah koyak atau berlubang. Jadi, apa yang pasti adalah korang kena double check sama ada kualiti jahitan baju itu masih baik atau tidak sebab siapa yang nak pakai pakaian yang dah rosak, betul tak? Periksa satu-satu dan korang boleh terbalikkan pakaian tersebut supaya boleh check dengan lebih teliti.

BERSIH KE TIDAK?

Sumber gambar: earth to iris

Kedua, yang korang perlu pastikan adalah periksa sama ada baju yang korang nak beli itu bersih ke tidak. Ini sebab ada juga sesetengah kes pelanggan beli baju bundle tapi bila balik, eh baju itu kotor dan ada kotoran yang susah hilang. Lebih lagi, jika korang beli baju yang berwarna cerah dan terang. Pastikan korang periksa terlebih dahulu sebelum nak ambil dan bayar. Lebih awesome juga kalau korang tunjuk pada penjual itu juga sebab nanti mereka akan asingkan dan cuci. 

EH KENAPA SAIZ MACAM…

via GIPHY

Ya, saiz pun korang kena tengok betul-betul sebab untuk pengetahuan korang sizing baju bundle ini adalah dari seluruh dunia dan kita tak tahu pun dari ceruk mana asal baju yang korang nak beli itu. Mungkin ada baju datang dari China, Jepun, Korea, Sweden, Canada dan lain-lain pelusuk dunia dan saiz baju mereka memang lain dari kita. Sebelum beli, pastikan korang tengok dan cuba sarung dari luar dulu sama ada baju itu baik dan fit pada badan korang atau tidak. Baju bundle memang murah, tapi kalau beli tak pakai adalah satu pembaziran ya guys.

“BERILAH DISKAUN SIKIT…”

via GIPHY

Antara tips berguna beli pakaian bundle juga adalah minta tawaran. Korang bolehlah cuba untuk tawar menawar dengan penjual, jika kedai bundle yang korang pergi itu adalah kedai yang lebih terbuka. Jika ada bundle yang upgrade dan di dalam shopping mall, tidak pasti pula sama ada boleh menawar atau tidak sebab biasanya tak boleh. Jadi, jika korang beli di kedai bundle yang lebih terbuka. Korang boleh cuba minta tawaran yang reasonable okay! 

TERUS RENDAM DAN CUCI!

via GIPHY

Bila dah balik menyelam bundle, korang pergilah rendam baju yang korang dah beli tadi dan pastikan cuci dengan bersih. Ini sebab baju secondhand seperti baju bundle, kita tidak pasti ada berapa banyak kotoran. Just rendam dan cuci dahulu sebelum nak pakai okay! 

Korang bolehlah enjoy waktu nak shopping di bundle nanti sebab dah tahu tips menarik dan berguna yang sudah dikongsi. Selain dari tips yang kami dah bagi ini, ada tak tips lain yang berkaitan dengan bundle yang korang tahu? Jika ya, korang bolehlah komen di bawah sebab kami nak tahu juga!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebelum Beli Laptop Untuk Masuk Belajar, Korang Perlu Tahu Ini

6 Barang Simple Korang Perlu Ada Untuk Hias Bilik