in ,

Tinggi Seseorang Lelaki Main Peranan Sebab…

Sumber gambar: google image

Kebiasaannya lelaki suka perempuan lebih rendah dari mereka sebab nak nampak comel bila jalan sama-sama. Kiranya, nanti tak adalah mereka yang perlu mendongak kalau nak bandingkan dengan perempuan yang biasanya mendongak pada lelaki yang tinggi. Lagi pun, Zoe tak kata lelaki rendah tak macho kepada perempuan, level handsome itu subjektif tau! Lain orang, lain-lain taste dia! Hari ini Zoe akan kongsikan kelebihan lelaki tinggi!

BERGAYA

Sumber gambar:

Memang tak dapat dinafikan lelaki tinggi, bagilah apa jenis dan stail baju pun yang mereka pakai, memang akan nampak terletak elok dan cantik. Itu juga yang menyebabkan mereka nampak kemas dan gagah saja bila sarung anything. Bukan setakat itu saja, mereka pun senang untuk dipanggil jadi model tau! Hehe..

GOOD LOOKING

 

View this post on Instagram

 

Sila mendada 🍂

A post shared by FAIZ IZZAT (@faizizzatfuad) on

Hmm, kalau nak cakap good looking, Zoe rasa semua orang memang kacak belaka dan ada keunikkan masing-masing. Tak kisah sama ada tinggi atau pun rendah. Apa pun yang penting, kalau korang sentiasa berpakaian kemas, automatik korang akan nampak handsome. Mungkin di mata Zoe, lelaki tinggi mereka nampak lebih good looking! Kalau korang macam mana pula?

MELINDUNGI

Sumber gambar:

Antara yang paling menarik tentang lelaki tinggi adalah perempuan akan rasa dilindungi. Haha! Iyalah sebab perempuan memang agak rendah, bila nak menyorok atau takut apa-apa, boleh saja guna kawan lelaki yang tinggi itu untuk lindungi diri. Ala ala hero Malaya untuk gadis-gadis comel!

BANTUAN KECEMASAN

Sumber gambar:

Ala, macam drama Korea kononnya. LOL! Kalau tak sampai nak ambil barang dekat kabinet dapur atau beli barang yang letaknya di tempat tinggi. Waktu inilah lelaki tinggi sangat function sebab boleh tolong capaikan barang itu untuk kita. Woah sweet sangat! Kalau dekat sekolah, semasa perhimpunan kita akan nampak si dia sebab tinggi! 

Untuk lelaki yang agak rendah, awak jangan rasa down juga sebab bagi Zoe lelaki semuanya nampak sama hebat dan function dalam banyak benda. Tak semestinya perlu tinggi untuk dapatkan perhatian perempuan sebab perempuan ini selagi korang pandai ambil hati dia, mereka okay saja dengan korang semua. Hehe!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cup Bra Bulat Pun Boleh Jadi Petak Kalau Masuk Mesin Basuh!

Tips Terbaik Confess Tanpa Kena Reject! #NationalCrushDay