in ,

Kaedah ‘Daith Piercing’ Boleh Kurangkan Migrain?

Sumber gambar: https://www.healthline.com/health/anxiety/daith-piercing-for-anxiety

Hari-hari sakit kepala migrain, balik sekolah migrain. Malam nanti nak tidur pun migrain juga. Takkan nak bergantung dengan ubat je?

Kesian rasanya dekat kawan-kawan yang ada masalah migrain. Maybe article Ainaa kali ini mampu selesaikan masalah korang. Tahu tak sebenarnya tindik telinga boleh kurangkan masalah migrain yang korang hadapi? Tapi bukanlah setakat tindik biasa dekat cuping telinga, tapi dekat tulang rawan yang dipanggil ‘Daith Piercing’.

Image result for daith piercing
Sumber gambar

Actually cara ini ialah perubatan purba China di mana ia ada banyak variasi rawatan yang menggunakan jarum dan kemudian dicucuk dekat bahagian tulang rawan telinga dan beberapa tubuh badan yang lain iaitu rawatan akupunktur. Even tak ada bukti secara saintifik, tapi cara ini dah lama digunakan oleh tabib China yang percaya cara ini berjaya untuk merawat masalah kesihatan.

Tapi sebenarnya daith piercing yang ditindik dekat tulang rawan ada juga kesan sampingan dan risiko pada sesetengah individu. Antaranya ialah jangkitan, pendarahan, bengkak, parut, rasa sakit yang berlajutan dan lagi merisaukan ialah migrain bertambah teruk. Sebab itulah korang kena jaga kebersihan dekat area tindik.

Image result for akupuntur
Sumber gambar

Maybe korang pun boleh je cuba kaedah ini, tapi make sure dapatkan nasihat pakar dulu. Jangan main redah je terus tindik sebab nak elakkan migrain. Takut kaedah ini tak sesuai pula dengan korang. Tak semestinya something itu sesuai dekat orang lain, akan sesuai dekat diri kita ya.

Selain dengan kaedah daith piercing, korang boleh juga cuba kaedah lain antaranya dengan ambil makanan tambahan yang boleh bantu kurangkan masalah migrain. At the same time, cuba ambil ‘me time‘ sekejap supaya semua masalah yang buatkan korang migrain itu akan hilang sekejap. Take care girls!

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jangan Semak Jawapan Lepas Exam Sebab…

Jom ‘Sorok’ Pipi Tembam Ikut Cara Bintang KPOP!