in ,

Timing Terbaik Untuk Berdoa Bulan Ramadan!

Sumber gambar:via GIPHY

Sepanjang bulan ramadan ni, segala doa dan amal ibadat kita akan dikabulkan. Tambah pula sekarang kan dah nak masuk 10 malam terakhir ramadan. Kalau boleh lebih kan sikit beribadat,  segala pahala akan berlipat kali ganda tau.. Nak lagi best bila korang berdoa atau solat waktu-waktu macam ni…

SAAT BERBUKA

via GIPHY

Biasanya waktu sebelum berbuka korang buat apa? Termenung tengok makanan? Atau layan drama dekat tv? Kalau dulu korang biasa buat macam tu, why not sekarang, korang gunakan masa ni untuk berdoa. Apa yang korang hajatkan tu korang doa betul-betul, macam nak lulus exam ke? Nak duit raya banyak ke? Atau nak raya dengan crush? Eh? #Tiber hihi…

MALAM LAILATUL QADAR

Sumber gambar: http://www.kabarmakkah.com/2015/07/ini-tanda-tanda-malam-lailatul-qodar.html

Special nya malam ni, ialah malam terbaik dalam 1000 bulan, ia disebut dalam Al-qur’an dalam Surah Al- Qadr.  Dikatakan pada 10 malam terakhir ni, adalah salah satu malam lailatul Qadar. Waktu ni la korang kena berbanyakkan ibadat, macam solat tahajud, solat taubat, berzikir, dan berdoa. #Lunagirls yang ada hajat besar, boleh la buat solat hajat, mungkin doa korang dikabulkan..

WAKTU SAHUR

via GIPHY

Sepertiga malam merupakan waktu mustajab untuk berdoa. Kalau susah sangat nak bangun, mungkin korang boleh buat sebelum waktu sahur. Try bangun awal sikit, mungkin 3.30 ke 4.00 pagi ke untuk korang fokus beribadat. Waktu ni Allah akan dengar segala permintaan korang. Lepas tu korang boleh terus sahur..

Bulan puasa yang mulia ni,  kalau boleh jangan leka dengan perkara -perkara yang tak penting, Ye la, Ramadan kan dah nak balik dah, so jangan lepaskan peluang untuk banyakkan berdoa.. Mana tau korang antara yang terpilih untuk rasai malam Lailatul Qadar..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Biar Orang Lain Fake, Jangan Gigi Kita Fake!

Makanan Mesti Elak Untuk Bersahur!