in ,

#TikTokGuru Tempat Korang Boleh Belajar Benda Baru

Sumber gambar: instagram.com/dr_ingky & instagram.com/drsylvialim

Sejak kuarantin di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) covid 19, ramai mula ada akaun TikTok. Selain dari hiburan yang kelakar dan bakat seperti tutorial makeup, memasak dan lain-lain, sebenarnya ada ramai yang selalu beri pengetahuan baru kepada kita di TikTok. Korang hanya perlu guna hashtag #TikTokGuru untuk tengok dan belajar ilmu pengetahuan di TikTok.. Jom kita tengok siapa antara #TikTokGuru yang boleh korang layan di TikTok!

RAWAT GIGI BERSAMA @DRSYLVIALIM

@drsylvialimReply to @just.meh.xx ##didyouknow ##teeth ##tiktokguru ##learnontiktok ##edutok ##tiktokpartner ##toothbrushchallenge ##toothbrush♬ original sound – Dr Sylvia Lim

Dr. Sylvia Lim (@drsylvialim) adalah doktor gigi yang selalu berkongsi tentang hal kesihatan gigi dan penjagaan gigi dengan cara yang sangat seronok. Setiap video Dr. Sylvia berikan ramai penonton dan followers dia tentang kesedaran nak jaga gigi dan bukan setakat itu sahaja, malah cara Dr. Sylvia yang bersemangat dalam berkongsi ilmu tentang gigi pun memang menarik perhatian! Kalau korang nak gigi yang cantik, kuat dan sihat bolehlah tonton videonya untuk dapatkan lebih banyak lagi info tentang cara cara menjaga kebersihan mulut yang lebih menarik! 

KULIT FLAWLESS DENGAN @DR_INGKY

@dr_ingkyThis common acne ingredient can make your skin worse! ##skincaremalaysia ##tiktokdoctor ##niacinamide♬ Bad For Me – Zoopreme & Krysta Youngs & Julia Ross

Dr. Ingky (@dr_ingky) adalah pakar dermatologi estetik yang menjalankan latihannya sendiri di Malaysia. Dr. Ingky selalu juga meluangkan masa lapang dengan pengikutnya dengan sesi interaktif dan menjawab semua pertanyaan mereka mengenai penjagaan kulit. Sebagai dermatologist yang dipercayai, Dr. Ingky selalu memberikan petua yang sangat berguna untuk kita semua yang mempunyai kulit yang berbeza, jenis produk yang sesuai dan berkongsi mitos tentang produk tertentu. 

TEROKAI ALAM TERSEMBUNYI @IQBALAHYAR

@iqbalahyarjangan tertipu dengan warnaa ##science ##biology♬ Kokiri Forest – Super Guitar Bros

Untuk pengetahuan korang, Iqbal Ahyar (@iqbalahyar) adalah seorang guru sains pada waktu siang dan guru haiwan TikTok pada waktu malam. Kalau korang selalu layan video cikgu Iqbal ini, korang akan dapat tahu banyak tentang fakta menarik dan luar biasa tentang haiwan, biologi, alam dan alam sekitar. Daripada tak suka subjek Sains, mesti korang akan suka! Untuk korang yang dah follow Cikgu Iqbal, nanti bolehlah kejutkan kawan korang dengan segala fakta yang Cikgu Iqbal dah kongsi.

PRACTICE MAKES PERFECT! @NISA_JALANI

@nisa_jalaniTips untuk membuat ucapan yang audiens tidak akan lupa ##learnwithtiktok ##tiktokguru ##fyp ##foryoupage ##publicspeakingtips♬ Instrumental Background Jazz de Fond en France – Relaxing Jazz Paris

Jika korang ada masalah tak yakin dan gugup untuk bercakap di hadapan orang ramai, #TikTokGuru Nisa Jalani (@nisa_jalani) boleh bantu korang! Dia adalah seorang pengacara, pengusaha, penceramah awam dan bintang TikTok yang semakin meningkat yang membantu pengikutnya belajar bagaimana bercakap dengan baik dan jelas. Korang juga boleh belajar bagaimana nak menggunakan mikrofon dengan betul, bagaimana nak atasi tekanan dengan lebih baik untuk seharian dan banyak lagi! 

Jadi sekarang, TikTok telah menjadi salah satu platform yang sangat baik untuk penonton setiap peringkat umur. Kewujudan ramai #TikTokGuru di TikTok juga telah membuka pemikiran orang ramai yang TikTok ini bukanlah media sosial yang sia-sia sahaja seperti yang diperkatakan oleh ramai orang sebelum ini, setuju tak? 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Akaun TikTok Artis Korea ‘Hilang’. Apa Puncanya?

K-Pop Idol Yang Ada “Man Tiddies” Buat Fans Cemburu