in ,

Tik Tok Wujudkan E-boy dan E-girl

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=DERA12ljIb8

Siapa antara awak semua yang pernah dengar tentang E-boy atau E-girl? Pernah tak tengok stail mereka ini macam mana? Okay, untuk yang tak tahu, sebenarnya E-boy dan E-girl ini ada satu slang moden yang popular dalam kalangan muda remaja macam koranglah. E-boy dan E-girl ini wujud dan sering dianggap sebagai dan mempunyai stereotaip sebagai squad yang suka anime, gaya emo, game hardcore dan selalu try hard nak dapatkan perhatian netizen di media sosial.

Sumber gambar:

Ada yang cakap, E-boy dan E-girl ini stand for “E-electronic” lah, “E-emo” dan lain-lain. Tapi untuk E-boy dan E-girl batch korang sekarang ini ia digunakan untuk individu belia yang suka berpakaian seperti emo atau gothic, selepas itu karakter mereka sukakan perkara yang nampak estetik back to 90’s seperti skateboard, pakai nail-polish, dangle earring dan rambut belah tengah. Haha, macam-macamlah zaman sekarang ini tapi Zoe nampak stail mereka ini comel juga.

Sumber gambar:

Selain dari itu, E-boy dan E-girl ini korang boleh tengok dorang suka cari perhatian melalui aplikasi TikTok dan Instagram. Biasanya, E-boy dan E-girl suka cari perhatian antara satu sama lain dan mereka akan duduk dalam squad mereka sahaja. Woah menarik! Dan ramai juga yang suka salah anggap tentang sikap maskulin dan feminin E-boy dan E-girl sebab kadang-kadang E-boy nampak lebih lembut dan E-girl nampak agak maskulin dengan gaya gothic mereka.

E-boy dan E-girl ini juga makin ramai ikut disebabkan adanya k-pop fever, anime fever dan banyak lagi budaya daripada timur yang tiada spesifik gender dan unisex. Kiranya, kita boleh buat apa yang kita nak tanpa perlu ada stereotaip terhadap sesuatu gender seperti perempuan boleh main game, lelaki boleh berambut panjang dan lain-lain asalkan tidak melampaui batas lah ya kawan-kawan!

via GIPHY

Selalunya, makna sebenar E-boy dan E-girl ini tidak berapa jelas untuk dirujuk kepada cara yang positif atau negatif sebab kita sebagai manusia ada cara dan gaya yang tersendiri. Jadi, bagi Zoe just do you and be yourself sajalah ya kawan-kawan! Asalkan kita bahagia dan tak ganggu hidup orang nak main TikTok ke nak main game ke dan lain-lain. Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Menari K-pop Dance Everglow!

Pokemon Master Trending Sampai 27 Negara?!