in ,

Tidur Sebenarnya Boleh Buat Kita Cantik!

Sumber gambar: healthline.com

Nak cantik tapi tidur dua tiga jam saja sehari. Macam mana nak jadi cantik? End up ada mata panda sebab tak cukup tidur dan tidur-tidur ayam.

Actually kunci utama nak jadi cantik ialah tidur yang cukup. Once kita jaga jumlah tidur dan jaga  waktu tidur nanti bila bangun pagi akan rasa segar. That’s why kita disarankan untuk tidur at least 8 jam sehari sebab kalau tak cukup, korang takkan dapat your ‘beauty sleep’.

Bila tak dapat tidur yang cukup, badan akan rasa penat dan tak bermaya. Bukan setakat badan sahaja yang akan effect, tapi kesihatan dan kecantikan pun termasuk sekali. Hari ini kami akan share sikit dengan korang beberapa kebaikan yang kita akan dapat disebalik ‘beauty sleep’.

HILANGKAN KEDUTAN

Image result for wrinkle under eyes at young age
Sumber gambar: prevention.

Korang tahu tak yang badan kita akan keluarkan kolagen? Waktu kita tidur, badan akan hasilkan kolagen dimana ia untuk melawan kedutan di bahagian muka, lebih lagi di bahagian bawah mata. Lagi banyak kolagen dihasilkan, lagi segar dan gebu muka korang. Tapi tak bermaksud dekat sini korang kena tidur lama-lama untuk dapatkan kolagen yang banyak. Cukup tidur 8 jam sehari sahaja sudah memadai.

MAINTAIN AWET MUDA

Image result for awet muda
Sumber gambar: rojakmedia.

Cuba korang pergi tanya mak atau makcik korang yang dah berusia tapi nampak awet muda. Agaknya apa rahsia mereka untuk kekal cantik macam itu? Adakah dengan cara makan ulam-ulaman? Salah satu rahsia yang mereka amalkan ialah dengan cara ‘beauty sleep’. Bila kita tidur, kulit kita juga akan ‘bekerja’ untuk merawat ‘kerosakan’ yang ada dekat muka sepanjang hari daripada sinaran UV atau apa juga pencemaran yang terdedah dengan kulit muka kita. Sel kulit baru akan tumbuh lebih cepat bila kita tidur dan waktu itulah akan berlakunya proses ‘pembaharuan’ pada kulit. Sebab itu kita dinasihatkan untuk pakai skincare waktu tidur sebab that time semua ingredients akan meresap masuk ke dalam kulit muka.

RAMBUT JADI LEBIH SIHAT

via GIPHY

Sis sendiri akui benda ini sebab pernah buat experiment dulu. Bila kita tak cukup tidur, of course badan akan rasa penat dan rambut juga akan terjejas dengan semua itu. Bila kita tak cukup tidur, rambut akan alami masalah keguguran atau berminyak. Folikel rambut yang merupakan tempat pertumbuhan rambut tak dapat nutrien, mineral dan vitamin daripada aliran darah. Kurang tidur juga akan effect aliran darah dalam badan. So, make sure korang rehat secukupnya supaya badan kita dapat semua manfaat yang sepatutnya.

ELAKKAN MUKA BREAKOUT

Sumber gambar: me.me

Selalunya orang kata kalau nak hilangkan muka breakout kena minum air masak banyak-banyak dan jaga pemakanan. Ada betulnya juga, tapi ada additional secret which is dapatkan tidur yang cukup! Bila tak cukup tidur, otak kita akan jadi tak cukup rehat dan waktu itu kita akan mudah rasa stress. Bila dah rasa tertekan, mulalah segala macam jerawat akan tumbuh di muka. Bukan setakat di muka, boleh jadi naik dekat badan sekali.

Tapi janganlah sebabkan nak dapatkan muka yang flawless sampai korang tidur sepanjang hari pula, takut kena jerit dengan mak nanti. Opss!

Banyak lagi kelebihan yang kita dapat kalau amalkan ‘beauty sleep’. Nak lagi best, before tidur korang bersihkan badan dengan scrub, pakai mask dan skincare supaya esok pagi bila bangun tidur terus rasa segar dan bersemangat.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Emoji Pun Boleh Jadi Haram Digunakan?

Music Video K-Pop Paling Deabak 2019!