in ,

Tidur Pun Ada Mitos Tau.. Hati-Hati!

Sumber Gambar: https://www.advanced-care.us

Yeay! Esok long weekend! arghhh! Tak sabarnya nak tidur..

Ha! Siapa yang kalau cuti je nak tidur? Hihi! Walaupun sekolah cuti seminggu, #Lunagirls jangan lupa buat homework tau! Sebagai seorang gadis remaja, kita memerlukan tidur yang cukup untuk melancarkan tumbesaran badan.. Tapi bab tidur ni banyak betul mitos yang selalu dengar mak-mak sebut kalau kita tidur! Antaranya mitosnya ialah..

JANGAN TIDUR SIANG 

Sumber Gambar: https://hellosehat.com

Selalu dengar mak kita cakap “Ha! Siang tidur nanti malam berjaga, lepas tu esok tak pergi sekolah” Sebenarnya #Lunagirls, tidur siang ni ada kebaikan tau! Antaranya dapat menenangkan hati dan meningkatkan lagi ketajaman fikiran! Tapi janganlah tidur siang sampai 5 jam ye, kalau boleh nap 20 ke 30 minit je.. over eh nak tidur siang sampai berjam-jam! Haha!

TV BANTU TIDUR LEBIH NYENYAK 

via GIPHY

Sebenarnya tak elok #Lunagirls! Sebab TV lagi akan menggangu tidur kita.. Akibat daripada sinaran biru yang dipancarkan oleh TV dan bunyi TV akan menyebabkan kita mudah terjaga di waktu malam! Dan lagi satu, bila dah mula tengok TV ni dapat pula ada movie best, memang sampai ke pagi kita sangkut tengok TV! Haha!

TIDUR ON WEEKEND 

Sumber Gambar: https://www.thetimes.co.uk

Bila weekdays kita kena bangun untuk pergi sekolah, so bila weekend tiba, kita bantai tidur kaw kaw! Haha! Tapi sebenarnya tak elok tau #Lunagirls, sebab korang akan menjadi lebih lemah dan tak bertenaga bila nak naik weekdays! Badan kita memerlukan tidur 5 hingga 8 jam sehari je.. That’s why ada yang akan rasa monday blues setiap isnin! Hihi!

MINUM KOPI TIDUR LEBIH LENA

via GIPHY

Haip! Sebenarnya fakta ini tak benar tau.. Kopi sangat kaya dengan kandungan kafein dalam kopi sangat tinggi! Dan kafein sebenarnya akan meningkatkan daya fikiran kita, buat kita rasa aktif dan akan lead to susah nak tidur..

Ini adalah antara mitos yang tidak benar ya #Lunagirls! Tak kisah korang nak tidur bila yang penting, jangan terlebih tidur okay.. Nanti akan buat otak kita jadi lemah dan badan akan mudah rasa malas! Cuti CNY ni jangan tidur je, buat aktiviti keluarkan peluhkan okay.. Hihi! Happy holidays girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kamera Pakai Buang? Biar Betul!

Power! Bukan Korean Pun Boleh Cakap Korea!