in ,

Tidur Lebih Lena Apabila Dengar Lagu!

Sumber gambar: unsplash.com/@brucemars

via GIPHY

Hi korang! #Lunagirls suka tak dengar lagu sebelum tidur tak? Sebenarnya kita tak disarankan mendengar lagu sebelum tidur sebab nanti otak tak dapat berehat! Tapi ada kajian pakar menyatakan mendengar lagu sebelum tidur akan buat tidur lebih lena! Caranya ialah korang hanya perlu luangkan masa dalam 10 minit sebelum tidur untuk dengar lagu! Nak tahu kenapa? Check it out girls~~

TIDUR LEBIH NYENYAK

via GIPHY

Menurut kajian Dr Naresh Sen, kalau korang dengar lagu sebelum tidur, tidur akan jadi lebih lena sebab ia akan buat badan kita tenang dan kurangkan stress sebab tempo muzik akan pengaruhi degupan jantung! Tapi make sure pilih lagu yang sesuai, seperti music untuk yoga..jangan dengar lagu hardcore pula. Nanti lagi tak lena tidur! Hehe!

LEBIH MUDAH LENA

via GIPHY

Ada yang mengalami insomnia? Menurut Kira Vibe Jespersen and Professor Peter Vuust mendengar lagu sebelum tidur amat membantu untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur! Korang boleh mula dengan buat playlist lagu santai, so that your body pun akan rasa relax!

KUATKAN DAYA INGATAN

via GIPHY

There is magic inside songs! Pakar dari Universiti Tübingen, Jerman, Dr. Jan Born mengatakan yang ritma dalam lagu perlahan akan tingkatkan ritma otak hingga buat daya ingatan kita kuat dan tidur pun jadi lena. Tapi tak bermaksud #Lunagirls kena amalkan tiap hari, cukup seminggu sekali atau dua kali je okay?

TENANGKAN DEGUPAN JANTUNG

via GIPHY

Siapa selalu sambil exercise mesti akan dengar lagu? Agak-agak sebab apa kena dengar lagu? Ya betul, sebab ia bagi ketenangan! Dan degupan jantung pun akan menurun sebagai tanda badan korang dah ready untuk berehat!

Tapi jangan buat selalu tau..sebab takut nanti tidur dan pendengaran korang terganggu! Tak salah kalau #Lunagirls nak cuba cara ni! Tapi make sure cuba  sekali atau dua kali seminggu je okay girls? Korang boleh juga dengar lagu-lagu yang menarik di playlist Hot X sebelum tidur! Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

3 Jenis Gangguan Pemakanan Korang Perlu Tahu!

Arghh…Badan Berjerawat!