in ,

Tidur Bilik Sejuk Dapat Tingkatkan Metabolisme?!

Sumber gambar: https://weheartit.com/entry/139277188

#Lunagirls suka tidur ke tak? Zoe suka sangat tidur bila hari cuti dan Zoe adalah seorang mudah sangat tertidur lebih lagi kalau suhu bilik atau cuaca tengah sejuk, memang syok! Tapi korang lebih suka tidur dalam bilik macam mana? Yang sejuk ke yang suhunya biasa-biasa saja? Dan antara dua suhu ini yang mana lebih baik untuk badan? Sebab ada yang kata lebih baik tidur dalam suhu yang biasa dan ada juga yang kata sejuk lebih baik, jom Zoe kongsi sikit tentang mana satu yang lebih baik.

SENANG TIDUR

via GIPHY

FYI, sewaktu korang tidur suhu badan korang akan menurun. Jadi, jika korang tidur dalam bilik yang sejuk dia akan membantu suhu badan korang turun dengan lebih baik dan korang akan mudah tertidur. Selain itu, tidur korang pun akan lebih cepat dan lebih lama sesuai dengan tempoh yang diperlukan.

TINGKAT METABOLISME

Sumber gambar:

Tidur dalam bilik yang sejuk pun boleh meningkatkan metabolisme tau! Ingat buat aktiviti sihat dan pemakanan sahaja ke yang mampu tingkatkan metabolisme? Bila metabolisme korang semakin bertambah, maka semakin bertenaga lah badan dan minda korang bila bangun tidur nanti.

KURANGKAN INSOMNIA

Sumber gambar:

Kalau korang nak tahu, sebenarnya seseorang yang insomnia ini mempunyai suhu tubuh yang lebih tinggi semasa waktu tidur. Oleh sebab itu mereka yang insomnia ini susah sangat nak tidur dan selepas ini siapa yang ada masalah insomnia ini bolehlah cuba tidur dalam bilik bersuhu air-cond, mungkin ia membantu korang yang dah lama terseksa dengan insomnia ini.

Lepas ini, #Lunagirls boleh lah cuba tidur dalam bilik yang sejuk sikit. Kalau bagi awak yang jenis tak tahan sejuk itu apa kata sejukkan je dulu bilik tu dulu dengan air-cond then lepas satu ke dua jam buka kipas terus dan off air-cond. Suhu itu boleh bertahan sehingga ke pagi tau dan lepas ini semakin nyenyak lah #Lunagirls semua nak tidur, hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Peperiksaan PT3 Nak Dekat Dah! Korang Ready Ke?

Bubble Tea ‘Mengeras’, Tealive Balas Balik