in ,

The Best Iftar Food Korang Boleh Share Dengan Kawan!

Sumber gambar: twitter chombie mohtar

Bila dah boleh keluar dan dilonggarkan PKP kali ini, korang boleh lah bersedekah pada kawan-kawan, betul tak? Walaupun dah boleh keluar, korang wajib juga tau untuk jaga jarak sosial dan kebersihan sebab seperti yang kita sedia maklum Covid 19 ini vaksinnya masih belum siap. Jadi, sambil kita berada dalam fasa terakhir Ramadan ini. Kami nak cadang pada korang the best iftar food yang korang boleh buat dan share pada kawan.

TAUHU BERGEDIL

Sumber gambar: pinterest

Sekarang ini memang ramai rasanya yang tahu memasak makanan viral, setuju tak? Jadi, kalau korang beri pada kawan korang tauhu bergedil dalam satu kotak untuk mereka kongsi dengan keluarga mereka pun, mesti satu family dia seronok. Mana tahu, kalau sedap mak kawan korang nak tempah dengan korang! Kan best tu!

PUDING KARAMEL/ ROTI

Sumber gambar: taste of home

Selain dari itu, korang boleh juga buat puding karamel atau puding roti sebab ia adalah hidangan yang paling mudah disediakan. Tapi kalau nak hantar ke rumah kawan korang nanti, pastikan petang sikit lah sebab kan makan sejuk-sejuk lagi best! Hehe!

BUBUR LAMBUK

Sumber gambar: pinterest

Ini kalau korang selalu rajin untuk masak bubur lambuk. Ini sebab tahun ini kan puasa kita agak lain, dan biasanya masjid yang akan beri bubur lambuk percuma. Mungkin kalau korang share makanan seperti bubur lambuk untuk kawan korang, terubat sikit kerinduan mereka pada bubur lambuk. Aicewah gitu! Huhu!

MURTABAK

Sumber gambar: drama fmr

Sekali-sekala, daripada asyik beli murtabak ini sahaja. Apa kata kalau korang cuba masak murtabak ini sendiri dan kongsi dengan kawan-kawan korang yang tinggal dekat dengan rumah korang? Sambil itu boleh lah cuba resepi murtabak sendiri contohnya murtabak bolognese ke, murtabak carbonara ke dan lain-lain. Sebab cara masaknya sama sahaja.

NASI ARAB

Sumber gambar: resepi book

Memang best betul kalau korang tahu masak nasi arab ini sebab nak cari sekarang ini memang agak susah nak dapat. Kalau korang ada masak lauk iftar korang seperti nasi arab ke, nasi briyani ke, nasi minyak lebih ke, apa kata korang masak lebih sikit dan nanti boleh lah berkongsi dengan kawan-kawan korang.

Ala, korang jangan risau. Tak perlu beri pada kawan korang satu kelas yang ramai itu pun tidak apa. Beri berapa ramai yang korang mampu sahaja dan yang tinggal dekat dengan korang. Lebih mudah kalau korang ada 5 ke 6 orang BFF dan beri pada mereka sahaja pun sudah memadai.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments