in

The Addams Family Movie Review: Mudah Terhibur Kena Tengok!

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Baru-baru ini, LUNARIA pergi movie premiere cerita kartun animasi The Addams Family. Mungkin ada tahu dan mungkin ada tidak yang The Addams Family dulu adalah komik yang pernah dikeluarkan pada tahun 1938. Sebelum ini juga, movie The Addams Family pernah difilemkan dalam versi live action pada tahun 1991. Tapi sekarang LUNARIA nak kongsikan tentang The Addams Family 2019! Kami juga akan share dengan korang kenapa mesti tengok movie The Addams Family!

Sumber gambar: syfy.com

Movie The Addams Family tahun 2019 kali ini mengisahkan tentang keluarga yang terbiasa tinggal di dalam kegelapan dan dimana kejiranan mereka yang sebelum ini rasa mereka adalah keluarga menyeramkan, pelik, psiko dan kooky. Apabila mereka berpecah daripada keluarga besarnya, Morticia Addams dan Gomez Addams decide untuk pindah ke New Jersey untuk mulakan hidup baru. Suatu hari, waktu musim panas berlaku sesuatu yang diluar jangkaan kepada keluarga Addams! Nak tahu apa terjadi? Korang perlu tonton movie ini!

Sumber gambar: dailymotion.com

Antara sebab kenapa The Addams Family menghadapi cabar adalah apabila anak-anak Morticia dan Gomez sukakan kelainan daripada keluarga mereka! Wednesday dan Pugsley selalu mencuba sesuatu yang baru dan mainstream kepada masyarakat setempat. Contohnya apabila selama ini asyik pakai hitam saja, tak terkejut ke mak ayah dia bila anak dia nak cuba pakai warna pink dan warna-warna funky.

Sumber gambar: entertainment.ie

Selain itu, Pugsley anak lelaki mereka seorang yang sangat suka dengan benda yang baru dan tidak ada bakat yang sama seperti keluarga The Addams yang lain iaitu mewarisi bakat bermain pedang. Korang kena tengok macam mana Pugsley survive nak hadap The Addams Family yang sering main pedang tapi dia saja yang tak tahu. 

Sumber gambar: syfy.com

Selain itu juga, korang akan dapat tengok diakhir cerita bagaimana masyarakat mampu menerima perbezaan dan kelainan antara satu sama lain. Korang pun akan nampak siapa yang sebenarnya psiko dan berkelakuan pelik diakhir cerita The Addams Family yang mana sebenarnya korang tak akan sangka pun orang itu pelik. 

Sumber gambar: whats-on-netflix.com

Kemudian, melalui The Addams Family ini juga awak akan nampak yang sebenarnya kasih sayang mampu satukan dunia selepas mereka mampu menerima satu sama lain dan bagaimana mereka The Addams Family boleh diterima masyarakat pun korang boleh tengok semasa menonton cerita The Addams Family. Dan sebenarnya, dalam The Addams Family ini pun ada pergelutan sikit antara keluarga atas sebab tertentu.

Akhir sekali, kami memang rekomen movie The Addams Family ini sebab semua orang boleh tonton bersama keluarga bermula pada 31 Oktober ini di pawagam. Walaupun  sekarang musim peperiksaan, nanti bila ada waktu lapang bolehlah korang release sikit stress belajar itu sebab cerita ini memang kelakar habis walaupun keluarga The Addams Family orang pandang pelik. Selamat menonton! 

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Demam iPhone 11 Tak Habis Lagi, iPhone SE2 Bakal Keluar

Bahaya Basikal Lajak Mungkin Buat Kita ‘Terlajak’!