in ,

Termenung Buat Imaginasi Lebih Tinggi?

Sumber gambar: https://www.google.com/url?sa=i&source=images&cd=&ved=2ahUKEwjfj87KzY3jAhWBLo8KHZp_CxIQjhx6BAgBEAM&url=https%3A%2F%2Fformis.co.nz%2Fhome%2Fpensive-woman-biting-lips%2F&psig=AOvVaw21de4G_8lePgjSYj63fo51&ust=1561860005551587

Adik menung apa lagi tu.. Cepat siap kita nak keluar ni.. Penat mak tengok awak asyik termenung je!

Ramai mungkin fikir yang kuat mengelamun ni sebenarnya negative, tapi sebenarnya ada kebaikan yang tersembunyi tau! Termenung ni sebenarnya akan buat otak kita berehat selepas penat bekerja seharian. Jom tengok sikit apa lagi kebaikannya… Psst, lepas ni jangan lupa share dengan mak okay! Hihi!

OTAK BEREHAT

via GIPHY

Macam yang Ainaa cakap tadi, selepas seharian dekat sekolah fikirkan tentang study, buat aktiviti harian, bila pula otak kita nak berehat? Takkan nak tunggu waktu tidur baru nak bagi otak berehat? Waktu kita termenung tu, otak kita akan berhenti berfikir sebab ia seakan-akan ‘curi’ masa untuk berehat sekejap. Tapi jangan la korang asyik termenung je dengan alasan nak bagi otak berehat ya..

BANYAK BERFIKIR

via GIPHY

Bila kita termenung, kita akan fikirkan tentang perkara lain. Sometimes ada orang termenung untuk dapatkan idea baru atau selesaikan masalah. Kalau korang tergolong dalam golongan ni, korang memang power sebab tak semua orang boleh selesaikan masalah dengan hanya cara termenung #bukanbashebashe

IMAGINASI

via GIPHY

Imaginasi ni ada baik dan ada yang buruknya. Kalau imaginasi benda yang bukan-bukan, tak perlu tunggu nak termenung pun. Mungkin waktu termenung tu korang dapat imaginasi dan idea baru untuk kerja kursus yang cikgu bagi atau jawab soalan math! Ajak teammate termenung sekali, maybe boleh dapat banyak lagi imaginasi yang berguna? Hehe!

KEMBANGKAN KEUPAYAAN FIKIRAN

via GIPHY

Termenung mampu mengembangkan keupayaan sosial dan emosi diri kita. At the same time ia boleh ubah sikap negative kepada positive dan pulihkan keyakinan diri. Cuma jangan terlampau banyak sangat termenung, takut nanti jadi ‘lagha’ sebab korang hanya termenung kosong je..

Tapi tak bermaksud apa yang Ainaa cakap ni membolehkan korang termenung setiap masa tau.. Cuma kalau boleh jangan suka sangat termenung, waktu cikgu mengajar sangat penting untuk kita kekal fokus okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

‘Kepala’ Fake Boleh Buat Phone Meletup!

Benda Tak Boleh Share Dengan Crush!