in ,

Terlepas Konsert BLACKPINK? Trivia Special Untuk #BLINKS!

Sumber gambar: instagram.com/blackpinkofficial/

Fuhhh.. lega betul rasanya bila konsert BLACKPINK dah habis sebab sis tak dapat pergi and jealous bila tengok orang lain post video waktu konsert. Hehe! But for those yang tak berkesempatan nak ke konsert tu mesti korang nak tahu apa agaknya yang terjadi sepanjang  dua hari konsert BLACKPINK kan? Jom Ainaa ‘bawa’ korang intai sikit…

16,000 PEMINAT DATANG

Sumber gambar: instagram.com/blackpinkofficial/

Siapa sangka, rupa-rupanya selama dua hari konsert diadakan, dianggarkan seramai 16,000 peminat telah membanjiri Stadium Melawati Shah Alam! Woww BLINKS! Sebelum pintu stadium dibuka pada waktu petang, ramai BLINKS dah ready awal pagi untuk masuk dalam.. Lagi pun datang awal boleh beratur siap-siap kan! Hihi! Boleh dikatakan BLINKS semua datang dari seluruh Malaysia semata-mata untuk jumpa BLACKPINK!

DSV JADI TUMPUAN

Dalam ramai-ramai pengunjung yang membanjiri stadium, rupa-rupanya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pun jadi tumpuan sebab waktu dia turun dari tangga untuk ke tempat duduk, satu stadium bersorak! Katanya dia datang ke konsert demi untuk realisasikan impian anak perempuannya, Cik B! Best nya Cik B dapat tengok konsert BLACKPINK!

FANS TUNGGU DEKAT AIRPORT

Sumber gambar: Fandeukie4Ever Twitter

Memandangkan konsert Sabtu dan Ahad haritu ialah konsert pertama BLACKPINK dekat Malaysia, itu yang buatkan ramai BLINKS rasa happy and excited sampai sanggup ‘berkampung’ dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)! Sampai ada yang sanggup cuti demi untuk pastikan idola mereka selamat sampai dan selamat pulang ke Korea. So cute korang ni!

BLINKS BALING ANAK PATUNG

Sumber gambar: Twitter @gcyu94

Kalau korang nak tahu, sebenarnya kita tak dibenarkan bawa apa-apa hadiah untuk bagi kepada penyanyi waktu konsert tengah berlangsung. But maybe ada yang tak tahu sebab waktu konsert tengah berlangsung, ada yang membaling anak patung ke atas pentas. Tapi apa yang comelnya, Lisa tetap ambil anak patung tu sambil kata “No throwing things guys”. Fuh nasib baik Lisa tak marah tau. After this jangan buat lagi ya girls!

via GIPHY

Haihh rugi pula rasanya sebab tak pergi konsert BLACKPINK! Hmm, apa pun Ainaa harap #Lunagirls enjoy concert BLACKPINK haritu. Kalau korang nak share your sweet memories waktu konsert haritu, jangan lupa DM Ainaa tau. Hehe! Sharing is caring! 

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Haipp! Jangan Stress.. Jom Main Game! 🎮

Tips Pilih Panties! #JanganMaluPlease