in ,

Terima Komen Negative, Puteri Balqis Deactivate Instagram

Sumber gambar: Beautifulnara

Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang isu yang melanda pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis yang dikatakan ditimpa kesusahan apabila dia disahkan menghidap penyakit berkaitan hati.

Image result for puteri balqis
Sumber gambar: KoolFM

Satu demi satu bantuan yang diterima oleh pelakon berusia 13 tahun itu sehingga mendapat liputan luas daripada pihak media. Tapi apa yang tak sedap didengar ialah banyak pihak mempersoalkan tindakan ibu Puteri sendiri. Isu ini jadi semakin meluas apabila Puteri dikatakan akan menggunakan duit yang didermakan kepadanya untuk membuat pelaburan dalam saham Forex.

Forex ialah aktiviti memperdagangkan matawang sesuatu negara dengan matawang sesuatu negara. Tapi ada risiko sebalik keuntungan sebab ia memerlukan tukaran wang asing untuk membayar barangan dan perkhidmatan. Ha, korang pening nak tahu apa maksud Forex? Tak apa, kita sambung kisah tentang Puteri Balqis semula ya.

Before this, Puteri dan ibunya telah dijemput ke rumah jutawan kosmetik terkenal, Dato Seri Aliff Syukri di Kota Damansara bertujuan untuk menerima duit bantuan sebanyak RM100 ribu. Kehadiran Puteri dan ibunya ke sana juga dijadikan sebagai content untuk channel YouTube Aliff Syukri sendiri. Apa yang mengejutkan lagi ialah bila ditanya soalan tentang apa yang dia akan lakukan dengan duit sebanyak itu, jawapan Puteri sangat tak dijangkakan.

Duit tu ada yang Puteri nak simpan, ada yang nak disedekahkan dan ada untuk Forex. Kami suka graf.

Image result for puteri balqis
Sumber gambar: Beautifulnara

Since Balqis bagi statement macam itu, ramai netizen mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh pelakon cilik itu. Persoalan utamanya ialah kenapa duit yang diterima itu tidak digunakan untuk kos perubatan memandangkan Balqis dikatakan menghidap penyakit kronik berkaitan hati. Daripada keluarkan duit melabur untuk saham, baik gunakan untuk perubatan diri dia.

Mungkin Balqis ada sebab dia yang tersendiri, atau boleh jadi dia tersalah cakap sebab video yang diambil itu juga siaran LIVE dekat Instagram Dato Seri Aliff Syukri. Sebab juga ramai mempersoalkan adakah disebabkan kegiatan Forex yang dilakukan oleh ibu Balqis itu menyebabkan duit simpanan dia habis begitu sahaja?

Image result for puteri balqis dan ibu
Sumber gambar: Gempak

At the same time, ada banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh selebriti tanah air yang lain berkaitan isu yang sedang melanda Puteri Balqis ini. Antara pelakon yang memberi kenyataan tersebut ialah Nabila Huda. Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil itu mula memuat naik tweet berkaitan isu Balqis dan mendapat perhatian ramai netizen termasuk rakan artis yang lain. Bagaimanapun, kenyataan Nabila itu dibalas semula oleh Balqis dan dia meminta supaya Nabila tidak mempersoalkan tanggungjawab ibunya yang dikatakan tidak bekerja untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga.

Tapi bagaimanapun, mungkin ada sebab kenapa Nabila mengeluarkan kenyataan tersebutΒ since mereka berdua dah kenal sejak Balqis mula terlibat dalam industri seni lagi. Apa pun, kita sebagai orang luar tak boleh sesuka hati nak beranggapan buruk dengan situasi yang melanda Balqis.

Disebabkan apa yang berlaku, Balqis mengambil keputusan untuk memadam akaun Instagramnya buat sementara waktu. Mungkin banyak komen negative yang diterimanya sehingga membuatkan dia membuat keputusan begitu. Sama-sama kita doakan supaya semua masalah Balqis ini menemui jalan penyelesaian.

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Nak Famous Dekat Sekolah #StarterPack

Top 5 Artis Yang Pandai Dalam Akademik!