in ,

Terima Banyak Kecaman, Sulli Bunuh Diri 😱 😭

Tengah syok scroll Twitter, tiba-tiba dapat tahu yang Sulli ex group f(x) bunuh diri tengahari semalam! Terkejut semua team LUNARIA dengar berita ini!

Semalam sekali industri hiburan Korea kecoh dikejutkan dengan berita Sulli, penyanyi dan pelakon ditemui mati di dalam apartment dia sendiri. Mengikut kenyataan yang diberi, pengurusΒ Sulli sendiri jumpa mayatnya di dalam apartment sekitar pukul 4:30 petang waktu tempatan. Pihak polis masih lagi periksa isi kandungan nota bunuh diri untuk siasatan lanjut. At the same time, pihak SM Entertainment yang merupakan syarikat pertama Sulli sendiri terkejut dengan berita yang diterima dan sangat merasai pemergian Sulli.

Drama latest lakonan pelakon muda berusia 25 tahun tersebut ialah Hotel De Luna yang baru-baru ini jadi kegilaan ramai peminat K-Drama. Before this Sulli pernah dikaitkan dengan isu yang tak senang seperti tampil tanpa pakai bra dan ada attitude yang kurang baik. Tapi itu bukanlah sebab utama kenapa orang ramai perlu kecam dia.

Sebelum ditemui mati, Sulli sempat datang ke satu photo shoot di Korea dan dia nampak sangat happy serta enjoy dengan kerja yang dia buat. Tapi pada petang yang sama pula, SulliΒ decide untuk bunuh diri. Kalau korang perasan, ada eplbagai jenis kecaman yang diterima oleh Sulli. Sehinggakan apa sahaja Sulli buat nampak tak kena dekat hati netizen, lebih lagi oleh mereka yang kurang meminatinya.

Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri mula masuk dalam industri hiburan Korea since dia kanak-kanak iaitu padaΒ tahun 2005 dan tahun 2009 pula, dia menganggotai kumpulan K-Pop f(x). Tapi masuk tahun 2015, dia decide untuk keluar dari kumpulan tersebut dan terus fokus pada bidang lakonan.

Tapi sayangnya, Sulli sendiri akui yang hidup dia sangat kosong dan selama ini dia hanya berlakon happy saja depan orang ramai. Kesiannya dia sampai kena buat macam itu sekali demi puaskan hati semua orang..

Related image
Sumber gambar

Di Twitter sekarang ramai yang turut kongsikan rasa kesedihan mereka tentang berita kematian Sulli. Sepanjang dia bergelar selebriti, banyak kecaman dan cyber bully yang dia terima sehingga ia menganggu dan telah memudaratkan kehidupannya seharian.

So girls and boys… Korang jangan ambil mudah tentang isu cyber bully! Kita seronok kutuk seseorang dekat social media sampai ajak orang ramai join sekali, kita tak tahu apa perasaan si mangsa waktu itu. Elakkan cyber bully okay!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Nipis? Ini Cara Dapat Rambut Ala TyraKmrzmn!

Kenapa ‘Fans War” Boleh Wujud?