in ,

Tentukan Playlist K-Music Spotify Korang Melalui Kuiz Personaliti!

Sumber gambar: youtube.com/올빗

Bermula dari muzik K-R&B yang mampu buat korang layan, ke getaran muzik K-Rock dan K-Hip Hop yang sentiasa menjadi pilihan ramai orang. Muzik dari Korea memang tidak pernah mengecewakan pendengar walaupun berbeza bahasa. Muzik adalah salah satu platform komunikasi yang sangat unik dan mempunyai banyak sangat genre untuk dilayan mengikut citarasa pendengar. Untuk pengetahuan korang juga, Spotify sekarang ini pun sudah mula memperkenalkan 13 senarai music playlist yang baru khas untuk korang yang gemarkan muzik Korea.

Sumber gambar: Spotify K-Pop Hub

Spotify telah lancarkan music playlist K-Pop Daebak sejak tahun 2014 lagi. Dan seperti yang kita tahu, walaupun muzik K-Pop ini antara yang paling ramai pendengar tetapi dibawah muzik K-Pop Daebak itu sendiri, memang ada juga genre yang lain seperti R&B, Rock, Balada dan lain-lain. Sejak K-Pop Daebak mula dilancarkan sehingga kini, ia sudah di stream lebih dari 41 bilion, dan peminat yang suka dengar lagu K-Pop di Spotify telah menghabiskan masa lebih dari 134 minit untuk lagu K-Pop sahaja. 

Jadi, sekarang ini apa yang lebih fun untuk peminat K-music, Spotify siap ada satu platform yang boleh bantu korang untuk tentukan playlist K-music mana yang sesuai dengan keperibadian korang melalui personality quiz yang korang boleh cuba main di Twitter @SpotifyKDaebak. Ia adalah salah satu penambahan paling terbaru K-Pop Hub. Antaranya, Cool K-Rock yang sesuai untuk korang yang suka dengan stail muzik K-Rock terkini yang lebih alternatif melalui muzik DAY6, HYUKOH, N.FLYING dan banyak lagi! Bukan setakat itu saja, untuk korang yang suka dengan trend lebih TrenChill K-R & B seperti Crush, Punchnello, HEIZE dan DPR LIVE pun ada juga tau! 

Tidak dilupakan juga K-HipHop +82, Spotify siap tawarkan muzik dari pelbagai bakat terhebat dalam dunia HipHop tidak kisah sama ada yang memang sudah ternama mahu pun yang masih underground. Seterusnya, untuk korang yang minat dengan Original Sound Track (OST) dari K-Drama dan K-Movie pun ada tau! Cakap sahaja OST mana korang nak memang ada sebab OST ini pun antara salah satu keistimewaan kenapa ia mampu menarik ramai penonton.

Jadi, selepas ini korang bolehlah cuba tengok mana satu music playlist yang kena dengan jiwa korang sebab antara Spotify’s new playlists yang ada untuk K-Pop Hub ini adalah Cool K-ID RockK-Indie PicksTrenChill K-R&B, K-Hip-Hop +82, Best of Korean Soundtracks, Korean OST Instrumentals, KimBops!, Korean Old Vinyls, K-Pop Ballad Hits, Tropical K-Pop, K-Club Party, Nolja!, Girl Krush dan juga Satang Mix

Sumber gambar: Spotify K-Pop Hub

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Keburukan Suka Gigit Ais Ketul

Peluang Berinteraksi Dengan Selebriti Kegemaran Di TikTok!