in ,

Tengah Tunggu Keputusan SPM? Jom Cuba Buat Aktiviti Ini!

Sumber gambar: pinterest.com/pin/37365871894296344

Sekarang ini sudah nak ke penghujung bulan Januari. Mesti ramai calon SPM tahun 2019 ada vibe rindu sekolah kan? Ala, biasalah itu bila dah nak masuk alam hujung remaja ini memang perasaan itu lain sikit. Nak tak nak kena teruskan hidup juga kan? Hehe! Okay lah macam dulu, Zoe pernah kongsi dengan korang tentang pekerjaan apa yang boleh korang buat selepas SPM tapi mesti tak semua yang diberi keizinan untuk bekerja kan? Dan mesti akan ada dari kawan-kawan korang pun yang duduk di rumah tak tahu nak buat apa. Jadi sementara tengah tunggu keputusan SPM yang akan keluar pada bulan tiga nanti korang boleh lah cuba buat aktiviti ini dahulu.

LESEN KERETA

Sumber gambar: metrodriving

Antara yang paling wajib korang buat kalau korang sudah ada duit untuk masuk ke kelas memandu. Korang pergi lah ambil lesen kereta. Iya lah, sebab kalau motor dulu mesti waktu korang berumur 16 tahun semua dah ambil kan tapi tak sempat nak ambil lesen kereta pada umur 17 tahun sebab semua orang sibuk dengan ulangkaji, belajar untuk peperiksaan penting dan korang mesti ramai yang decide untuk ambil bila dah masuk tahun baru ini kan? Pastikan korang ambil dengan segera sebab nanti bila dah masuk institusi pengajian tinggi nanti, memang susah korang nak cari masa untuk ke kelas memandu. Sebaiknya buat sekarang okay!

SURVEY UPU

Sumber gambar: viromon

Bukan setakat itu sahaja, korang boleh lah fikir yang korang ini lebih cenderung minat untuk jadi seseorang yang bagaimana bila dewasa nanti. Korang pastikan keputusan korang untuk pilih aliran apa dan course apa di institusi pengajian tinggi nanti adalah memang yang terbaik sebab jangan sampai bila sudah separuh jalan, tak minat pula. Waktu itu memang makan banyak masa untuk korang tukar course dan membuang duit sebab perlu ulang semula.

SUKARELAWAN

Sumber gambar: mvm

Aktifkan diri korang untuk menjadi sukarelawan di mana-mana aktiviti yang perlukan sukarelawan. Memang banyak manfaat yang boleh korang dapat tau. Sebab bila korang jadi sukarelawan, korang akan bertemu dengan ramai pihak dan jenis golongan yang mana di situ korang boleh belajar dari pengalaman yang jadi pada mereka dan diri korang sendiri. Ini juga antara tiket untuk jadikan diri korang sebagai seorang yang lebih matang berpegetahuan dan berdikari bila sudah berada di institusi pengajian tinggi nanti.

INTERNSHIP / PRAKTIKAL

Sumber gambar: naceweb

Selain itu, korang boleh juga cuba mohon untuk jadi pelajar praktikal di mana-mana syarikat. Korang akan dapat banyak sangat manfaat dari bekerja sebagai pelajar intern, dan boleh masukkan pengalaman korang dalam resume untuk memohon pekerjaan bila sudah habis dan tamat belajar di institusi pengajian tinggi. Lebih lama korang intern, lebih cantik pengalaman korang dalam resume untuk mohon kerja nanti. Jangan risau, kebanyakan syarikat sekarang siap sediakan elaun tau untuk pelajar intern.

SIJIL KEMAHIRAN

Sumber gambar: asdaf

Korang boleh juga masuk ke mana-mana kelas jangka pendek untuk dapatkan sijil kemahiran. Mungkin ada antara korang dulu tak dapat masuk ke sekolah teknik atau kolej vokasional. Jadi, ini lah masanya korang untuk tambahkan kemahiran korang dengan ambil sijil. Mungkin kemahiran korang itu, korang boleh gunakan untuk manfaat masa hadapan? Jadi, tak salah pun okay!

Jadi sebenarnya banyak saja aktiviti best yang korang boleh buat dengan manfaat kan masa korang. Tak ada lah duduk bosan makan tidur saja kerjanya kan? It’s just about the time orang cakap. Sekurangnya, kalau korang spend masa dengan baik adalah nampak sikit usaha korang itu untuk jadi orang yang lebih berjaya, setuju tak? Hehe!

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Minat Dekat Artis, Benda Ni Yang Kita Akan Buat…

Aksesori Yang Buat Korang Nampak Extra Cute!