in ,

Tengah Nak Bercinta? Jom Tengok Cerita Ni…

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=-TzanbRiiTg

Siapa dekat sini suka berangan bila tengok movie atau drama tentang kisah percintaan zaman sekolah? Haha! Macam mana la kita tak berangan kalau jalan cerita tu semuanya indah-indah belaka sampai buatkan kita pula yang rasa macam tengah bercinta. #Lunagirls kaki movie tak? Kalau ya, jom check it out list movie atau drama mengisahkan percintaan dekat sekolah pilihan Ainaa!

BOYS OVER FLOWER


Boys Over Flower ni boleh dikatakan antara drama Korea yang jadi favorite ramai daripada dulu sampai la sekarang. Drama ni mengisahkan tentang kisah cinta antara dua student yang berasal daripada background family yang berbeza. Mula-mula benci, lama-lama ehh tersuka tanpa sengaja la pula. Mula la dating dekat kantin la, library la. Elehh, mesti ada yang tengah berangan ni. Paling best drama ni bukan hanya fokus pada kisah cinta tapi persahabatan dan kekeluargaan.

DILAN 1990 DAN DILAN 1991


Sambungan daripada filem pecah panggung dekat Indonesia, Dilan 1990 buatkan ramai orang ternanti-nanti sambungan Dilan 1991 tahun ni. Jalan cerita movie ni simple je, which is cinta antara dua hati yang direstui oleh semua orang but still ada dugaan yang melanda. Background movie ni ialah dekat Bandung, Indonesia sekitar tahun 1991. Banyak juga ayat pickup line sweet yang Ainaa dah kutip dalam movie ni, hehe! Pergi la ajak crush tengok sekali sebab movie ni masih ditayangkan di pawagam.

FRIENDSHIP


Tema movie ni ialah Thai Romantic-Teen Drama which is obviously tentang cinta budak sekolah. Biasa la bila dah besar, mula la buat reunion then bila dah berjumpa ramai-ramai, sesi throwback pun bermula. Mula la share tentang kisah cinta antara satu sama lain. Movie ni bukan setakat cerita pasal cinta je, tapi friendship waktu zaman sekolah. Selain kenangan bercinta, kenangan dengan kawan-kawan pun antara perkara paling berharga yang kita pernah lalui.

ADA APA DENGAN CINTA


Dengar je lagu OST movie Ada Apa Dengan Cinta ni, terus rasa semangat nak pergi sekolah! Korang suka tak tengok movie yang ada selit ayat-ayat puisi? Kalau suka, mesti korang dah tengok AADC ni kan? Kisah cinta tentang Rangga dan Cinta dekat sekolah menengah yang mana masing-masing ialah peminat puisi walaupun pada asalnya percintaan mereka tak direstui oleh kawan Cinta. Friendship dalam movie ni pun power juga sebab sampai la sambungan Ada Apa Dengan Cinta 2, mereka masih lagi berkawan baik!

Kalau nak list movie tentang kisah cinta dekat sekolah ni, banyak sangat tau. Jangan sampai Ainaa share kisah cinta Ainaa pula dekat sini, takut korang pula yang malas nak baca, hehe! #Jkjk

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

#LunaSquad: Ilyas Suka Makan Nasi Bukan Kawan.

Mask Jimat Guna Buah Je! 🍉🍏