in ,

Perempuan Pun Boleh Wakil Sukan Tarik Tali!

Sumber gambar: www.dailypost.co.uk

via GIPHY

Happy Afternoon girls! Ainaa dengar ada sekolah yang dah start buat latihan sukan… Ha, apa sukan #Lunagirls akan join untuk hari sukan sekolah nanti? Kalau yang masuk larian 4 x 100m tu mesti korang suka berlari kan? Ada yang masih tak tahu nak masuk sukan apa? Jom usha senarai sukan sekolah yang Ainaa sediakan ni.. Ainaa dulu wakil rumah hijau untuk sukan 4 x 100m tau! Hihi!

TARIK TALI

Sumber gambar: SK Seri Gambut

Tak kisah la lelaki atau perempuan, korang boleh je masuk acara tarik tali sebab biasanya dekat sekolah tarik tali ni ada dua kategori. Walaupun tarik tali nampak macam ganas.. but you girls still boleh jadi wakil rumah sukan! Sebenarnya Ainaa sendiri suka masuk sukan tarik tali dekat sekolah sebab as a girl kita boleh buktikan yang kita pun kuat juga. Hehe!

LARI BERGANTI-GANTI

Sumber gambar: freepik.com

Lari berganti-ganti ni sama je dengan larian 4 x 100m.. tapi yang ni kita kena pass baton! Lagi best if team rumah sukan korang yang dapat masuk 4 x 100m tu ialah your best friend, confirm lebih semangat nak berlari! Kalau rezeki dapat jadi juara mesti lagi rasa bangga sebab korang semua berjaya capai kemenangan. Power girls!

LOMPAT TINGGI

Sumber gambar: Berita Sukan Negeri Terengganu

Bonus point pada sesiapa yang ada kaki panjang! Sebab mesti senang je untuk korang lompat palang tu! Tapi tak semestinya yang tinggi je layak masuk lompat tinggi sebab sometimes girls yang badan kecil molek lagi senang nak ‘campak’ badan melepasi palang yang tinggi tu.. Cikgu selalu suruh Ainaa wakil lompat tinggi, tapi Ainaa tak buat sebab takut.. jangan jadi macam Ainaa okay! Haha!

LOMPAT JAUH

Sumber gambar: Instagram _kakyaa_

Orang kata kalau nak masuk lompat jauh kena kaki panjang. Hmm agak-agak betul ke fakta tu? Tapi kalau tengok atlet lompat jauh, Nadia Zuki, kaki dia memang panjang pun! Rasanya lompat jauh dengan lompat tinggi ni lebih kurang je sebab korang kena ‘campak’ badan lebih jauh untuk dapatkan markah yang tinggi..

Tak kira lah korang wakil sukan apa, tapi sebelum korang mula lakukan aktiviti atau latihan sukan, make sure makan dulu dan bawa air mineral ya girls! Ohh jangan lupa juga bawa tuala kecil untuk lap peluh! Jaga diri okayy..

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Korang Kena Buat Bila Rambut Kasar Macam Berus Dawai!

Radiasi Phone Bukan Biasa-Biasa! 😱😱