in ,

Tempoh Kuarantin Ditambah, Andi Bernadee Semakin Menjadi-jadi!

Sumber gambar: instagram.com/andibernadee

Waktu kuarantin ini, memang ada banyak sangat perangai orang yang kita boleh nampak. Kadang-kadang perangai yang jarang orang buat pun mereka buat contohnya, daripada ada yang tak suka main Tiktok tiba-tiba mereka sanggup install Tiktok hanya untuk isi masa. Macam artis pula, ada yang buat banyak cover lagu, ada yang buat live show di Instagram live dan macam-macam lagi. Akan tetapi, apa yang paling menarik perhatian ramai orang, termasuklah orang-orang yang berada dalam industri hiburan tanah air sendiri adalah tentang Andidears punya ‘bebi’ iaitu Andi Bernadee yang mana video online boyfriend dah buat ‘comeback’ semula, mentang-mentang dia pun baru buat comeback dengan lagu baru Shimmy.

 

View this post on Instagram

 

Jangan pandang

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Mesti ramai sangat peminat yang suka dengan kemunculan Andi Bernadee sebagai online boyfriend kan? Sebab cara dia yang acah sweet buatkan ramai orang yang tercyduk hatinya dengan gelagat Andi. Bermula dengan video di Instagram Andi sendiri iaitu dengan caption ‘jangan pandang’, memang buatkan ramai orang yang rasa lucu tapi dalam masa yang sama, Andi nampak sweet! Setuju tak?

 

View this post on Instagram

 

Sorry not sorry 😂

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Bukan setakat itu sahaja, Andi siap buat bahasa mata yang mana #YTJT gitu… Ha! Ada ke antara korang semua ini yang faham bahasa mata Andi Bernadee? Boleh tak tolong translate untuk kami? LOL. Andi juga siap kongsi video yang memang kelakar habis yang boleh buatkan orang ketawa dan ramai juga rakan artis dia yang setuju bahawa Andi ini semakin menjadi-jadi di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

Pekokk

A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on

Kalau tak silap, Andi Bernadee pun sudah kembali aktif di TikTok setelah sekian lama dia tak update TikTok. Hmm, patutlah semakin menjadi-jadi ya Andi ini dan semakin kreatif pula Andi ini buat video. Mesti korang pun enjoy dan seronok tengok semua video Andi Bernadee ini.. Bagus juga Andi sebab dalam masa yang sama dia buat semua video itu di rumah, mungkin semua peminat dia pun akan ikut stay at home dan tak akan ada rasa teringin pun nak keluar rumah sebab nak tengok video apa yang Andi bakal update lagi!

@andibernadee2020Morning ! ##workoutroutine♬ original sound – mrk4081

Ha! Jadi korang pun boleh juga ikut jejak Andi Bernadee selepas ini dengan cara disiplin duduk di rumah dan buat video yang fun untuk kawan-kawan dan followers korang di media sosial. Sambil itu, boleh juga kalau korang duduk rumah sambil mengemas dan lepas itu buat banyak lagi hal lain sama seperti Andi Bernadee.

@andibernadee2020Feel attacked ?♬ original sound – andi bernadee

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Data Internet

Mudah Digodam, Ini Kelemahan Aplikasi Zoom