in ,

Tempat Rare Untuk Penuhi Masa Cuti Sekolah! 💯

Yeayy tak lama lagi cuti sekolah! Tak sabarnya nak jalan-jalan dengan family and friends! Mesti banyak tempat best boleh pergi since dah nak akhir tahun ini.

Haa, siapa yang excited nak cuti sekolah angkat hidung sikit! Ainaa pun tak sabar juga nak cuti, takkan korang je yang boleh holiday? Huhu! Memandangkan cuti dah nak dekat, Ainaa rasa macam nak share beberapa tempat best dengan korang. Banyak aktiviti yang korang boleh buat dengan family dekat sana. Nak tahu dekat mana tempatnya? Haa, baca article Ainaa ini sampai habis okay

IT’S A HIT ROOFTOP BASEBALL

Kalau korang tengah nak lepaskan geram, tempat ini sangat sesuai untuk korang! Tapi jangan risau dalam hal ini tak ada sesiapa yang cedera sebab kita akan pergi main baseball! Ajak satu family pergi ke It’s a Hit Rooftop Baseball dekat One Utama untuk rasai pengalaman main baseball. But this game tidak memerlukan korang lari satu padang. Cukup sekadar korang hanya perlu pukul bola baseball untuk dapatkan mata. Untuk first timer agak mencabar sikit nak pukul bola, tapi bila dah dua tiga kali percubaan, mesti korang dah power punya! Tapi Ainaa pun belum pernah lagi pergi tempat oni. Hmm korang ada yang nak join Ainaa pergi main baseball tak? Kalau ada nanti PM tepi okay, kita pergi sama-sama, hehe!

BALAI SENI NEGARA

Tak semestinya orang yang berjiwa seni je boleh pergi ke Balai Seni Negara. Di Balai Seni Negara sekarang tengah ada pameran seni tau. Masuk pun free tak perlu bayar apa-apa. Terpulang korang nak duduk berapa lama dekat dalam. Boleh faham sikit dan hargai karya seni orang lain. Sambil-sambil itu boleh juga ambil gambar sebab dekat sana ada a few favorite spot ramai orang. Cuma apa yang penting korang dilarang sama sekali untuk sentuh atau ubah segala pameran yang ada. Kalau ada nampak kerusi dekat tengah pameran, jangan sesekali duduk sebab kerusi itu pun sebahagian daripada pameran juga tau. Takut nanti korang kena marah sebab mengganggu barang pameran.

HIKING

Dekat Malaysia ada banyak hot spot untuk pergi hiking. Tak kisah nak hiking ke gunung atau mana-mana bukit sekali pun. Paling simple for beginner yang nak cuba aktiviti lasak ini, korang boleh hiking di Broga Hill! Pemandangan dekat sana memang onz teroxx untuk sesiapa yang suka tengok pemandangan. But make sure korang naik sana awal pagi, maybe after Subuh dah boleh terus naik or before Subuh kalau nak tengok matahari terbit dari atas sana. Biasanya kalau weekend memang ramai orang ke sana, korang akan nampak banyak kerenah manusia dekat sana. Ainaa sendiri dah tiga kali hiking dekat Broga Hill sebab once korang dah datang sana, mesti rasa nak pergi lagi tau! Jangan lupa bawa torch light dan pakai kasut yang sesuai sebab ada satu phase tu agak mencabar.

Tips: Elakkan pergi hiking waktu musim hujan sebab track akan licin dan kebarangkalian untuk jatuh sangat tinggi. Broga Hill ini dikelilingi dengan gaung dekat kiri kanan, so make sure korang berhati-hati kalau ada niat nak hiking dekat sana ya.

CAT CAFE

Tak cukup dengan kucing yang ada dekat rumah, kenapa sampai kena pergi tengok kucing lain pula? Girls and boys, kalau korang nak tahu sebenarnya dekat kafe kucing ini ada banyak spesis kucing yang maybe korang sendiri tak pernah jumpa tau. Ada banyak kafe kucing dekat seluruh Malaysia, korang boleh pilih mana-mana yang dekat dengan rumah. Biasanya kalau nak masuk kena bayar tiket dan harga pun taklah mahal sangat. Macam yang Ainaa pernah pergi dulu, RM5 dan kita boleh duduk dekat dalam tempat kucing tu selama 30 minit. Terpulang nak main dengan kucing atau nak bagi kucing makan. That time jangan lupa ambil gambar banyak-banyak dengan semua kucing yang ada dekat sana tau, lagi-lagi kucing rare. Benda ini akan jadi lagi best kalau satu family korang ialah cat lover, kalau boleh tak nak keluar dari tempat kucing, haha!

Kalau ikutkan, ada banyak lagi idea tempat best yang Ainaa nak share dengan korang. Tapi kalau nak list semua sekali dekat sini, sampai esok pun tak habis tau. Kalau ada yang dah pernah pergi tempat yang Ainaa mention dekat atas ini, share sikit experience korang! Happy holiday semua!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Band K-Pop Sebenarnya Tak Sama Dengan K-Idol!

4 Aktiviti Best Untuk Musim Hujan