in ,

Tempat Paling Sesuai Untuk Pergi Family Day

Sumber gambar: libur.com.my

Terdapat banyak tempat yang best dan menarik dalam Malaysia yang boleh korang jelajah sebenarnya. Tak perlu pergi ke luar negara pun tak apa sebab dalam dalam negara ini pun masih ada yang belum kita terokai dan banyak tempat yang belum habis melawat lagi, betul tak? Jadi sekarang ini LUNARIA akan kongsi dengan korang tempat menarik yang korang boleh ajak mak dan ayah korang pergi jalan-jalan cuti sekolah nanti. Sebelum ramai pelancong bersempena tahun 2020 tahun melawat Malaysia nanti, lebih baik korang pergi waktu musim cuti sekolah ini.

UTARA

Sumber gambar: Girl Eat World

Di utara ini, korang boleh pergi melawat negeri Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Kalau di belah utagha ini, orang kata memang banyak makanan sedap-sedap yang memang layan. Kalau nak food hunting di negeri belah utara, memang paling disokong oleh ramai orang. Antara tempat yang paling banyak orang food hunting adalah di Alor Setar, Ipoh, Kampar dan kalau di Penang korang boleh ke sebelah Georgetown untuk cari banyak makanan best!

SELATAN

Sumber gambar: Media Adil

Kalau di selatan pula, korang boleh pergi negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Apa yang paling menyeronokkan adalah kalau korang di Melaka seperti biasa nombor satu adalah street food dan sambil itu korang boleh ke muzium-muzium untuk belajar sejarah. Di Johor pula, korang boleh ke pulau-pulau yang sebenarnya ramai orang tak tahu. Ya! Johor ada pulau you alls! Dan kalau nak relax sikit bolehlah duduk di Port Dickson sebab di situ banyak sangat penginapan yang buat korang dan keluarga tenang.

BARAT

Sumber gambar: Projek MM/ Wikipedia

Walaupun di barat ada Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor, korang ingat tiada tempat attraction yang seronok ke? Ada banyak juga tau sebenarnya yang korang boleh pergi. Kalau di Kuala Lumpur, korang boleh pergi ke KLCC, Menara KL, Exchange 106, Bukit Bintang untuk berjalan-jalan. Di Selangor, korang boleh ke banyak tempat seperti Morib, Kuala Selangor untuk makan makanan seafood yang best! Woah! Paling syok pergi situ bila kita dapat cari mentarang bakar sambil makan petang-petang feeling berada di kampung. Layannn!

TIMUR

Sumber gambar: My Pengandaran

Antara negeri yang banyak pulau-pulau indah utamanya di belah Terengganu! Dan iya, di sini korang boleh tengok penyu! Woah! Memang seronok! Paling best di negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu ini adalah bila korang nak sarapan, cuba korang tengok harganya, memang sangat murah walaupun korang makan makanan berat sama seperti makan tengah hari seperti Nasi Minyak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan lain-lain. Korang pun boleh buat aktiviti beach surfing tau di sini sebab ombak dia memang syok!

BORNEO

Sumber gambar: Blog Tourism

Akhir sekali, negeri yang paling ramai orang yang cantik, kacak dan putih gebu, Sabah dan Sarawak. Di sini, memang banyak yang unik tidak kira dari segi budaya, kaum, etnik dan lain-lain. Kalau nak layan pulau-pulau yang tak kalah indahnya korang boleh pergi ke Sabah. Kalau nak makanan yang best korang boleh ke Sarawak sambil itu boleh pergi ke rumah panjang. Seronok sangat!

Ada banyak tempat best dalam negara kita ini.. Jadi, tunggu apa lagi? Dan cukup sebenarnya masa satu bulan lebih ini untuk korang jelajah satu Malaysia. Nanti, bila ada kawan dari luar negara nak minta tolong tunjuk jalan senanglah nak bawa mereka explore Malaysia. Korang pun kalau pergi jalan-jalan jangan lupa take note berapa bajet dan info terbaik untuk orang lain jadikan rujukan. Nanti, mesti ramai yang akan tanya korang untuk dapatkan review yang terbaik!

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Influencer Kena Tahan Polis Sebab Kes Samun!

Musim Banjir Hampir Tiba, Selamatkan Barang Ini Dulu