in ,

Tempat Menarik Untuk Hilangkan Stress

Sumber gambar: twitter.com/jklsyf_

Yeay! Sekarang ini mesti ramai yang bersyukur sebab dah boleh rentas negeri! Korang semua mesti zuppp! dah sampai kampung selepas dapat pengumuman itu kan? Sebab ramai yang rindu keluarga di kampung dan nak jumpa atuk, nenek dan saudara lain kan? Hehe! Bila dah alang-alang boleh rentas negeri ini, boleh lah kita semua kembangkan dan support industri pelancongan tempatan negara kita betul tak? Sambil itu, boleh juga hilangkan stress duduk di rumah sewaktu kuarantin hari itu. Tak ada idea nak pergi mana? Okay kami boleh kongsi dengan korang beberapa tempat ini. Boleh lah korang ajak mak ayah pergi nanti!

IPOH, PERAK

Sumber gambar: pinterest

Kalau sampai Ipoh, pastikan korang pergi makan street food di sana tau! Sebab semuanya memang sedap sangat! Bukan setakat itu saja, malah korang juga boleh berjalan-jalan di Kellie’s Castle, melawat tokong dan kuil yang menarik untuk kenali budaya lain, buat pelbagai aktiviti di Gua Tempurung dan Gunung Lang. Korang juga layan lukisan jalanan Oldtown Ipoh sambil minum white coffee yang sedap!

GEORGETOWN, PENANG

Sumber gambar: pinterest

Sebut saja Penang, memang selalu menjadi pilihan warga tempatan dan juga warga lain untuk berjalan-jalan untuk santai. Di Penang, korang boleh layan banyak sangat makanan sebab pergi saja mana-mana sudut di Penang, mesti akan ada makanan yang terbaik! Korang juga boleh layan Nasi Kandar, Nasi Milani, Pasembur, Ais Kepal dan banyak lagi. Waktu petang pula korang boleh lah bersantai di Clan Jetties dan kalau bosan nak buat aktiviti lasak sikit, korang ajak lah mak ayah korang pergi ke Escape Adventureplay.

LANGKAWI, KEDAH

Sumber gambar: tripfez

Memang kecoh waktu awal-awal pengumuman rentas negeri, Langkawi adalah salah satu lokasi yang dah full book tau untuk orang pergi jalan-jalan. Nak tahu apa yang istimewanya Langkawi ini? Korang boleh naik kereta kebal sambil tengok beberapa pulau-pulau kecil yang ada di Langkawi itu tau. Selain itu, korang boleh shopping banyak sangat benda sebab Langkawi ini adalah daerah yang bebas cukai. Hmm, boleh lah minta mak ayah belanja sikit kan? Huhu! 

CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Sumber gambar: pinterest

Di Cameron Highlands, korang boleh buat banyak sangat aktiviti menarik seperti petik strawberi, minum teh, beli tanaman yang segar dan banyak lagi. Cuaca yang sangat chill di Cameron Highlands pun memang best sangat untuk korang daki Gunung Brinchang untuk segarkan badan pada waktu pagi. Korang yang suka bergambar juga, boleh datang ke taman bunga ros dan taman lavender. 

DESARU, JOHOR

Sumber gambar: johor foodie

Sesuai untuk korang yang sukakan suasana pantai yang damai, korang boleh ajak keluarga korang untuk bersantai di Desaru, Johor. Di sini korang boleh buat aktiviti seperti tengok kelip-kelip, pergi ke taman buah, bermain dengan ostrich dan mandi manda di taman tema air Desaru! Memang best sangat kalau pergi waktu tengah free sekarang. 

Ha, korang tunggu apa lagi? Ajak lah mak ayah korang untuk hilangkan stress. Akan tetapi, walaupun korang nak berjalan-jalan, jalan lupa untuk patuhi SOP dengan menjaga jarak, guna hand sanitizer, pakai face mask dan lain-lain. Ini sebab kita tak nak akan ada gelombang kedua pula yang muncul ya! Hehe! Bak kata Ejen Ali, kita jaga kita! 

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Untuk Bersemangat Ke Sekolah Lepas Lama ‘Cuti’

Resepi Smoothies Paling Best dan Simple