in ,

Tempat Lit KL Korang Kena Pergi!

Sumber gambar: https://www.lifestyleasia.com/kl/food-drink/dining/7-rooftop-restaurants-best-view-kuala-lumpur/

Syoknya kalau dapat short vacation sekejap dengan family.. Tak dapat holiday jauh-jauh, area KL pun jadi la kan?

Ehemm, tengah plan family weekend ke tu girls? Korang teringin nak pergi tempat yang menenangkan dekat area KL ni tak? Ha, good news untuk korang sebab Ainaa nak suggest beberapa tempat menarik yang boleh korang kunjungi dengan family hujung minggu ni which is

KL FOREST ECO PARK

Bangun awal pagi, terus gerak ke sini! Korang akan rasai pengalaman berada dalam hutan tebal, walhal sebenarnya korang ada dekat tengah bandar pesat Kuala Lumpur je. Masuk adalah percuma dan korang akan lalu dekat atas jejantas panjang yang menghubungkan kawasan tu sendiri. Nanti boleh la nampak background KL. Make sure datang pagi tau sebab kawasan tu luas, nanti tak sempat pula nak pusing-pusing dekat situ!

SELFIE MUSEUM

View this post on Instagram

Nak lagi 💖

A post shared by Atikahazahed (@nuratikh) on

Siapa tak pernah datang ke sini, korang memang rugi! Tapi masalahnya Ainaa pun tak pernah lagi pergi sana, huhu. Korang hanya perlu bayar RM 20 je untuk masuk ke dalam dan boleh ambil gambar sepuas hati. Ada banyak bilik dekat sana dan semuanya Instagram worthy kata orang.. Boleh la selfie sana sini dan post dekat Instagram. Akan ramai orang like sebab tempat ni memang cantik pun! Ainaa rasa nak pergi pula weekend ni.. Jom jumpa dekat sana?

DATARAN MERDEKA

Image result for dataran merdeka
Sumber gambar: http://sejarahdataranmerdeka.blogspot.com/

Girls, korang pernah pergi Dataran Merdeka? Korang perasan tak dekat tepi jalan tu ada bangunan lama. Ha, sebenarnya dekat situ ada muzium tau! Antara muzium yang ada ialah muzium tekstile dan banyak lagi.. Ada yang masuk percuma dan ada juga yang dikenakan bayaran. Tapi once korang dah masuk dekat sana, mesti rasa macam ada dekat zaman dulu-dulu sebab semua barang dekat dalam tu ialah barangan antik. Salah satu tempat sejarah yang kita boleh pergi!

TAMAN BOTANI KUALA LUMPUR

Image result for taman botani kuala lumpur
Sumber gambar: https://www.tripsavvy.com/perdana-botanical-garden-in-kuala-lumpur-1629566

Nak rasa dekat dengan nature? Boleh ajak family pergi Taman Botani sebab dekat sana ada macam-macam tarikan menarik.. Ada rumah buluh, taman mini haiwan, playground dan paling penting korang boleh exercise dekat sana. Lagi best kalau ada basikal sendiri sebab tak ada la letih sangat berjalan dalam kawasan taman.. Dan ada juga kawasan bunga yang korang boleh feeling selfie. Biasanya orang ke sini waktu pagi atau petang untuk beriadah.

Kalau nak list, banyak tau sebenarnya tempat best dekat KL ni. Antara korang tahu atau tak tahu je. Ainaa sendiri tak sempat pergi semua tempat yang best ni. Korang nak ikut Ainaa jalan tak weekend ni? Jom pergi sama-sama nak?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

IG Confirm Akan ‘Sorok’ Jumlah Likes!

ALERT Please! Benda Penting Waktu Period 🙇🏻‍♀️