in ,

Tempat Lepak Baru Korang Kena Tahu

Sumber gambar: Twitter aisynoraz , Jomkitamy

Tengah scroll Twitter, tiba-tiba ada nampak satu tempat best ni… Rasanya sebelum ini tak ada tempat ni, kalau dapat pergi makan-makan sambil OOTD dekat sana mesti best! Nak pergi la weekend ni nanti!

Sekarang ini dah ada banyak tempat best yang boleh kita pergi tak kisah la dengan family atau kawan-kawan sekalipun. Ada tempat tu hanya untuk bergambar dan lagi best kalau ada tempat makan sekali. Bukan setakat dekat KL sahaja yang ada tempat best macam tu, dekat negeri lain pun ada juga. Maybe kita je yang tak sempat nak explore negeri lain. So that, today kami akan share dengan korang semua beberapa hidden germs yang boleh kita semua serbu, hehe! Since esok dah weekend, boleh la ajak family pergi sekali kan.

ATSKY, KOTA DAMANSARA

Tengok gambar macam mahal je tempat makan ni, boleh ke nak ajak family makan dekat sini?

Jangan risau guys, nampak tempat ini memang agak exclusive tetapi jangan terkejut yang sebenarnya harga makanan dekat Atsky Kota Damansara ini tidak la mahal mana. Ada yang kata harganya macam dekat kedai mamak je, betul ke? Ya betul, buktinya korang tengok sahaja thread twit ini dan korang akan nampak gambar menu makanan dekat sini yang memang berbaloi. Kalau korang nak berkunjung ke sini, sebaiknya call dulu untuk booking sebab takut nanti datang ke sana tak ada tempat makan. Maklum la, tempat baru mesti ramai excited nak pergi kan. Untuk pengetahuan korang, restoran ini baru sahaja dibuka pada bulan lepas so memang agak baru lagi la. Apa yang menariknya dekat sini ialah korang boleh layan live busking dan view yang sangat cantik ya guys! Nak buat event pun boleh juga, celebrate birthday dekat sini pun macam onz je ni… Apa lagi guys? Ajak la parents korang makan dekat sini nanti, nak ambil gambar pun cantik juga sebab walaupun tempat makan ini ialah open space tetapi lighting tetap on point ya…

IPOH THREAD

Siapa kalau pergi Ipoh tak berjalan sana sini memang rugi. Ipoh yang merupakan ibu negeri Perak itu menyimpan banyak tempat menyeronokkan untuk kita lawati. Make sure kalau datang Ipoh kena spend 3 hari 2 malam dekat sini so that baru la sempat nak explore tempat best. Dalam twit dekat atas ini ada banyak tempat best dekat Ipoh yang boleh korang pergi tau. Contohnya Gua Kek Look Tong, Tasik Chermin, Gunung Lang, Qing Xin Ling Cultural Village dan banyak lagi la. Cuba korang tengok dekat Qing Xin Ling Cultural Village tu, ada banyak aktiviti best yang boleh dilakukan dan perfect place for OOTD! Qing Xin Ling Cultural Village ini baru sahaja dibuka semula kepada pengunjung selepas PKPP so kalau nak elak daripada bertembung dengan ramai orang, pergi pada awal pagi ya.

WORLD OF PHALAENOPSIS, BATANG KALI

Jangan ingat dekat Batang Kali tak ada tempat best tau… Dekat sana ada cafe hipster ya guys. Kalau bawa mak korang ni confirm dia suka sebab dekat dalam kafe ini terdapat banyak tanaman yang cantik termasuk la pokok orkid. Ruangan di dalam kafe ini agak luas dan disebabkan itu mereka cuba untuk memasukkan konsep ala-ala rimba dekat sini. Ehem, dah alang-alang sampai dekat Batang Kali ni boleh la lajak terus trip ke Genting Highland, dah dekat dah tu, hehe! Nak ke Bentong pun dekat tau guys. Singgah kafe tu dulu sebelum teruskan trip bercuti ke Genting Highland. Cepat bagitahu plan last minute ni dekat parents korang!

HILLTOP CUISINE, KOTA WARISAN

Ingatkan dekat Sepang boleh pergi shopping dekat Mitsui Outlet sahaja, rupanya boleh sambung makan dekat Hilltop Cuisine la! Datang pada waktu petang sambil makan dan menikmati pemandangan di atas bukit memang satu aktiviti yang sangat menyeronokkan. Kalau korang ada plan nak celebrate birthday dekat sini pun sangat dialu-alukan sebab view yang sangat cantik dan memuaskan hati. Pada waktu malam pun kawasan ini dilimpahkan dengan cahaya lampu yang terang bagi memudahkan pengunjung bergambar berlatar belakangkan cahaya di bawah bukit. Make sure kalau nak datang ke sini, datang awal sikit ya sebab tengah musim ramai orang ke sana. Maklum la, bila dah mula viral ni ramai la yang taknak lepaskan peluang berkunjung ke sana kan.

Jalan itu jalan juga, jangan sampai lupa pakai face mask dan penjarakan fizikal ya. Musim PKPP ini kita kena la ikut SOP yang ditetapkan juga. Selamat berjalan!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gaya Manis Buat Gadis Bertudung Labuh

Berhijab Tapi Nak Pakai Skirt? Ini Cara Untuk Kekal Bergaya