in ,

Tempat Bercuti Menarik Selepas #DudukRumah

Sumber gambar: Instagram ainaa_lunaria

Apa? Dah boleh melancong? Wahh tak sabarnya nak pergi tengok laut, jalan jalan dekat tepi pantai… Lama sangat dah ni tak dapat bercuti.

Memangdangkan sekarang ni kita dah boleh rentas negeri, pulang ke kampung dan ke mana-mana sahaja, maka ini la masanya untuk korang bercuti bersama keluarga. Tapi jangan lupa untuk terus mengekalkan SOP yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Since dah lama juga tak berjalan mesti korang pun excited nak ke sana ke sini bersama family kan. Maklum la lepas ni dah nak kena masuk sekolah, so kena la bercuti waktu sekarang ni. Ainaa ada beberapa list tempat best yang boleh korang pergi bersama dengan family untuk destinasi bercuti kali ni. Lagi pun sekarang semua tempat percutian tengah ada banyak promotion. Jom kita check it out sama-sama! Mana tahu korang pun boleh ke sana lepas ni…

PULAU REDANG

Sebenarnya sebelum mula PKP haritu, Ainaa dengan family baru je balik dari bercuti dekat Pulau Redang. Nasib baik la kami sempat balik ke KL, kalau tidak mesti stuck dekat sana. Apa yang Ainaa boleh cakap tentang pulau Redang ni ialah tempatnya sangat cantik! Redang sangat sesuai untuk korang yang nak spend quality time bersama dengan keluarga. Dekat sana ada banyak chalet dan resort yang korang boleh stay, pilih ja mana-mana yang korang nak sebab semuanya seronok dan berbaloi belaka. Paling seronok ialah bila kita dapat snorkeling bersama dengan ikan dan juga tengok choral! Ada rezeki korang ada jumpa dengan shark waktu tengah snorkeling.

PULAU PANGKOR

Bagi Ainaa Pulau Pangkor ialah satu destinasi budget bagi sesiapa yang nak bercuti tetapi dalam budget yang rendah. Walaupun dengan budget yang rendah, korang masih lagi dapat berseronok mandi manda dekat pantai. Dekat sana pun ada banyak pilihan resort daripada paling murah sehingga la paling mahal, semuanya ada dekat sana. Sambil bercuti tu boleh la mak korang shopping ikan bilis dekat sana sebab semua ikan bilis murah ya. Ainaa pergi sana pun sampai penat tunggu mak beli ikan bilis. Kebanyakan chalet dekat sana berhampiran dengan pantai, boleh la fikir masa depan dekat tepi pantai tu ya.

PULAU LANGKAWI

Syurga buat ibu ibu yang suka kan pinggan mangkuk dan syurga juga buat anak-anak yang sukakan coklat! Sebelum nak ke sana korang kena pastikan bawak banyak duit ya, bukan apa risau dekat sana nanti korang rambang mata nak beli itu ini pula. Dengarnya waktu mula-mula PM announce dah boleh rentas negeri dan melancong ke dalam negara, ramai orang dah mula booking tempat penginapan dekat Pulau Langkawi. Nampaknya memang ramai dah lama aim nak pergi Langkawi ya. Korang pun mesti excited kalau dapat ke Langkawi sebab dekat sana pantainya memang cantik dan menenangkan. Cuma apa yang Ainaa tak pasti ialah sama ada dekat sana ada fireshow atau tidak sebab biasanya memang akan ada sebelum PKP ni. Extra fun kalau ada fireshow sebab itu merupakan hiburan tambahan dekat sana, tapi jangan lupa bawa makanan atau minuman sendiri ya sebab takut dekat sana makanan dan minuman dah naik harga pula sekarang ni.

RANDOM PLACE

Guys, korang nampak tak promotion dekat atas tu? Ainaa bila pertama kali nampak twit tu terus tanya owner twit nak tahu sama ada betul atau tidak promotion tu. Rupa-rupanya memang betul dan harga itu ialah harga paling murah! Ikutkan harga asal agak mahal dan disebabkan dah murah ni, boleh la grab cepat-cepat sebelum terlambat! Ehem BTW Ainaa pun dah booked salah satu tempat dekat atas ni so tak lama lagi Ainaa pun akan bercuti ke sana la juga, hehe! Tak sabar pula rasanya nak bercuti!

Sementara ada masa nak bercuti tu boleh la korang plan bersama dengan family ya. Nanti dah kena masuk sekolah susah dah nak cuti. Cuma apa yang penting jangan lupa untuk terus jaga jarak, jaga kebersihan dan ikut SOP yang diberikan ya.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pesanan ‘Special’ Daripada Hazeman Huzir Untuk Korang

WAYO! Yedam TREASURE Dapat Perhatian Ramai