in ,

Telemovie Melayu Best Korang Wajib Layan Cuti Ini

Sumber gambar: www.raisingchildren.net.au

Siapa suka baca novel Melayu? Atau korang lebih suka tengok telemovie Melayu sebab tak suka baca novel? Ke layan dua-dua novel dan telemovie?  Iyalah, asyik layan Korea, Jepun, Thailand, Indonesia dan lain-lain saja pun bosan juga betul tak? Telemovie dan karya tempatan kita pun banyak yang best dan serono! Jadi untuk korang yang tak ada idea nak tengok telemovie Melayu apa waktu cuti ini, meh sini tengok apa yang kami nak kongsi dengan korang! Mesti tak akan menyesal untuk tonton! 

INSAN TERPILIH

Kalau korang nak tahu cerita ini diinspirasikan dari salah satu kisah benar mengenai seorang insan bernama Husein. Dalam cerita ini, Firdaus digelar sebagai orang gila dan busuk oleh orang kampung tetapi, dia rajin. Sampai Ustaz Zaki kagum dengan Firdaus kerana akhlaknya lebih mulia berbanding dengan orang yang cukup sifat akalnya. Kalau korang tengok apa yang jadi di pengakhiran cerita, mesti korang sebak dan akan menangis.

LELAKI KELAS SEBELAH

Kalau korang minat BBNU korang boleh tengok cerita ini sebab ada Nabila Razali dan Ismail Izzani. Ia mengisahkan selepas kematian ibu dan ayahnya, Nona tinggal bersama mak cik dan abangnya, Bawan. Nona meminati Anas, seorang penyanyi instafamous yang juga belajar di kolej yang sama dengannya. Namun rakan-rakannya, Kinah dan Mira tidak menyokong Nona kerana bagi mereka, Anas tidak akan memandang pelajar kulinari seperti mereka yang hanya berpenampilan biasa-biasa sahaja. Namun Nona tetap dengan pendiriannya untuk berkawan dengan Anas dan sering mengintai Anas tetapi dihalang oleh Bawan. Apa yang akan jadi pada mereka korang memang kena tengok. Dapat kawan ke tidak ya mereka itu.

DOSA SEMALAM

Cerita dosa semalam ini adalah tentang satu perkahwinan Azlan dan Khadijah yang tidak direstui ibu Azlan, Rosnah kerana tidak setaraf. Hmm, ada lagi ya main taraf-taraf ini. Jadi, jika Azlan tiada di rumah, Rosnah akan mendera Khadijah seperti hamba abdi. Kira ala-ala Ibu Mertuaku lah sikit cerita ini tapi korang memang kena tengok sebab sedih sangat dan dapat ke Khadijah bertahan. 

APA DAH JADI

Apa dah jadi ini mengisahkan Alana, gadis berwatak lincah bertugas sebagai penyambut tetamu di pejabat. Namun pada masa sama, dia turut melakukan kerja part-time sebagai pembantu rumah separuh masa untuk membantu meringankan beban kewangan ibunya. Satu hari dia kenal Mikail pemuda dari keluarga kaya membuatkan berfikir panjang untuk meneruskan persahabatan yang baru terbina antaranya dengan pemuda itu. Nak tengok tak apa yang jadi dalam hubungan mereka? Korang tontonlah ya! Memang best dan romantik! Mesti korang akan berangan lepas tengok cerita ini.

KERANA

Tekanan perasaan seorang gadis bernama Husna, menimbulkan dendam yang membawa kepada jenayah yang tidak pernah dijangka. Bila perasaan dendam mula menguasai dirinya yang menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan. Beliau mula melakukan jenayah berat akibat kegagalan mengawal emosi sehingga mengalami gangguan psikologi. Hakikatnya sekarang ini, setiap hari ada sahaja berita atau isu tentang masalah tekanan perasaan yang dihadapi dalam kalangan masyarakat kita. Situasi ini adakalanya tidak pernah terjangka sama sekali berlaku malah lebih membimbangkan ianya terjadi kepada individu yang selama ini nampak sihat pada luarannya. Jadi kalau korang suka cerita psiko seperti ini, cubalah layan ya!

Semua ini ada yang sedih, ada yang kelakar dan ada yang sweet. Korang tengoklah yang mana korang suka dulu. Pelakon kita pun semua memang menjiwai watak juga tau! Sampai boleh buat kita menangis teresak-esak. Dan sebenarnya, banyak lagi telemovie dan cerita Melayu yang best korang boleh tonton. Biasanya ada setiap weekend dan akan dimuat naik dalam YouTube. Jadi tiada masalah untuk korang nak tengok kalau terlepas telemovie waktu weekend nanti.  

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Aktiviti Menarik Di Taman Botani Shah Alam Selain Dating

Tips Jaga Bra Tahan Lebih Lama