in ,

Telekung Putih Jadi Kuning? Jom Bersihkan Ikut Cara Ni

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Rasanya baru je beli telekung ni, tapi dah jadi warna kuning pula! Habis ada taik lalat sekali dekat bahagian muka ni, ish tak suka la!

Siapa yang sekarang ni pakai telekung warna putih? Mesti korang rasa leceh kan nak jaga kebersihan telekung tu? Iya la, tak boleh kena kotor sikit nanti mesti rasa tak selesa kan? Then mula la rasa nak basuh telekung tu, rendam lama-lama. Tapi hakikatnya bila direndam lama-mana, mula la warna telekung daripada putih bertukar jadi kuning.

via GIPHY

Penyelesaian terbaik untuk masalah ini ialah pakai telekung warna lain selain warna putih. Sebab tu la ada banyak kedai jual telekung yang mempunyai warna, supaya masalah telekung putih bertukar jadi kuning tak terjadi, hehe! Ainaa nak share dengan korang beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan telekung korang tak berubah warna. Jom kita cuba supaya lepas ni boleh la solat dengan menggunakan telekung warna putih, baru la feel dia tu lain sikit ya.

RENDAM TELEKUNG DALAM AIR REBUSAN LEMON

Jaga Muka Je.. Telekung Pun Kena Jaga Tau! | Lunaria
Sumber gambar: Karipapsayur

Lemon buat minum, takkan boleh dibuat untuk rendam? Membazir je jadinya nanti kan?

Eh, jangan fikir macam tu tau. Lemon ni banyak kegunaannya untuk kita. Bukan sahaja sedap untuk dibuat air minum tapi boleh digunakan untuk memudahkan kerja rumah kita. Buktinya korang boleh rendam telekung di dalam air rebusan lemon. Caranya ialah biarkan telekung tersebut direndam di dalam air rebusan lemon selama sejam sebelum dibasuh. Lagi elok kalau dibasuhkan juga dengan menggunakan sabun pencuci supaya ia menjadi lebih bersih.

KERINGKAN MUKA SEBELUM PAKAI TELEKUNG

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Biasanya sebelum pakai telekung, korang akan keringkan wajah atau terus pakai je telekung tu tanpa membiarkan muka korang kering terlebih dahulu. Kalau terus pakai je, confirm telekung tu akan bertahi lalat dan kotor. Korang boleh pilih sama ada nak biarkan muka kering dengan sendiri atau lap dengan menggunakan tuala ataupun tisu. Telekung korang bukan sahaja akan bertahi lalat tetapi akan berbau kepam disebabkan kawasan muka yang lembab. Biasanya kalau Ainaa, Ainaa akan keringkan muka dekat depan kipas, so that nanti cepat sikit kering, hehe!

RENDAM DENGAN CUKA

 

 

Sahabat Telekung Kuantan: Cara-cara mencuci telekung (kaedah ...
Sumber gambar: Sahabattelekungkuantan

Cuka ni bukan sahaja boleh digunakan dalam amsakan tetapi untuk pengetahuan korang, cuka ialah bahan semulajadi yang selamat serta berkesan bagi membunuh kulat serta menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Korang hanya perlu campurkan cuka ke dalam rendaman telekung sekurang-kurangnya satu jam supaya segala kekotoran dapat ditanggalkan. Then basuh je macam biasa korang basuh kain.

PAKAI PELUNTUR

Sahabat Telekung Kuantan: Cara-cara mencuci telekung (kaedah ...
Sumber gambar: Sahabattelekungkuantan

Cakap je apa jenis kotoran, semua boleh ditanggalkan dengan hanya menggunakan peluntur! Peluntur juga berkesan untuk membunuh kulat pada pakaian serta permukaan yang lain. Kalau nak bersihkan lantai pun boleh je pakai peluntur, ini kan pula nak bersihkan telekung berwarna putih kan? Tapi korang hanya boleh gunakan sedikit sahaja peluntur sebab takut nanti ia akan merosakkan pakaian. Lagi elok kalau korang gunakan air suam sewaktu nak basuh telekung tu supaya tahi lalat atau kotoran akan tertanggal dengan lebih mudah.

Lepas ni dah tak ada alasan untuk biarkan telekung putih tu kotor sahaja ya? Dah boleh pergi basuh dah telekung korang tu supaya lebih selesa untuk dipakai waktu solat nanti ya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ramai ARMY Mencari Seluar Tidur Taehyung BTS

AWAS! Jangan Selfie Dengan Cara Ini…