in ,

#TeamNoTaugeh? Tapi Taugeh Ada Kebaikannya!

Sumber gambar: http://www.norikoreza.com/2017/08/tumis-tauge-teri-medan.html

Dah tengok gambar mi goreng yang ditabur dengan beratus sayur taugeh? Agak-agak sedap ke makan mi dengan taugeh selambak macam tu? Tapi rasanya better kot letak taugeh daripada letak cheese selambak kan?

Sumber gambar: https://twitter.com/MuhamadRidzuann/status/1126121960281272323

Ada tak #GengAsingTaugeh dekat sini? Jenis nampak taugeh je terus potong selera nak makan. Sama macam bos team Lunaria, kalau nampak je sayur taugeh, terus suruh kitorang yang habiskan makanan dia. LOL! Tapi dalam ramai yang tak suka taugeh tu, sebenarnya ada banyak kebaikan dalam sayur ni which is…

KURANGKAN RISIKO KANSER

Sumber gambar: https://www.behance.net/gallery/70039187/Avocados-passion-for-sprouting

Semua penyakit ada penawarnya kecuali kematian. Tapi lebih elok kalau kita elakkan daripada terkena penyakit sebab mencegah itu kan lebih baik daripada mengubati. Boleh la cuba ikhtiar dengan makan taugeh sebab asal usul taugeh ni pun daripada kacang hijau yang mengandungi kandungan berkhasiat canavanine iaitu amino acid yang mampu melumpuhkan punca kanser leukemia, payudara, usus besar dan pancreas.

LEBIH SUBUR

Sumber gambar: https://www.medicaldaily.com/happy-marriage-better-health-married-couples-have-better-recovery-time-after-heart-359444

Aaaiippp jangan gatal bila nampak perkataan ‘subur’ tu eh? Taugeh ni mampu menyumbang kesuburan pada lelaki dan wanita tau. Untuk lelaki, kalau diorang makan taugeh, ia mampu untuk menambah penghasilan sperma dan untuk perempuan pula ia akan bantu tingkatkan tahap kesuburan. Boleh la bagitahu info ni pada kakak atau abang korang yang dah kahwin tu. Tapi jangan pula diorang sampai makan selambak taugeh semata untuk subur. Nanti lain pula jadinya.

BUANG TOKSIN DALAM BADAN

Sumber gambar: https://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=673512&styleid=40

 Dalam taugeh sendiri ada kandungan air dan serat yang tinggi berfungsi untuk buang segala macam kekotoran dekat area usus besar badan kita. Bila banyak sangat kekotoran, zat pun susah nak serap terus masuk ke dalam badan. At the same time taugeh dapat cegah pengumpulan bahan beracun yang akan trigger sel kanser dalam badan kita. Apa lagi? Jom la borong taugeh dekat pasar.

AWET MUDA

Sumber gambar: https://seruni.id/cara-awet-muda/

Korang mesti suka bila wajah korang nampak muda kan. Kalau ya, boleh la start makan taugeh sebab ia padat dengan antioksidan yang kuat dan dapat halang tubuh badan daripada radikal bebas yang akan rosakkan sel DNA kita. Ajak parents korang makan taugeh sama-sama, nanti baru la orang ingat satu family adik beradik. Haha!

So macam mana girls? Lepas ni nak asingkan taugeh lagi tak? Ainaa harap lepas bos Ainaa baca article ni, dia akan mula belajar makan taugeh. Or else kitorang sendiri akan paksa makan sampai  la taugeh ni makanan ruji dia. Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mother’s Day? OMG Apa Nak Belikan Mama Ni?!

Penat Asyik Nak Beli Jeans Baru?