in

Tarikh Pembukaan Semula Persekolahan Bakal Diumumkan

Sumber gambar: apakataorang.com

PERHATIAN! Persekolahan akan bermula tidak lama lagi!

Korang dah ready nak masuk sekolah balik? Ada yang kata dah bosan duduk rumah, tak sabar nak pergi sekolah jumpa kawan-kawan.. tapi homework dah siap ke? Opss! Hari ini LUNARIA nak update korang bahawa tarikh pembukaan semula sesi persekolahan dijangka akan diumumkan esok.. Pembukaan semula sekolah hanya akan membabitkan 398,446 pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sahaja. Jadi, geng Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat, teruskan online class okay! 

Timbalan Menteri Pendidikan II, Muslimin Yahaya, berkata keputusan itu akan diketahui melalui mesyuarat antara Kementerian Pendidikan bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, petang tadi.

Namun sekolah hanya akan dibuka selepas dua minggu pengumuman pembukaan semula sekolah dibuat. Selagi tiada pengumuman, selagi itu tiada sekolah akan dibuka.. Korang jangan pula over excited nak pergi sekolah esok pagi.. Kita tunggu pengumuman yang bakal dikongsikan dalam masa terdekat ini oleh pihak berkenaan.

234 sekolah menengah di Johor sedia dibuka | Nasional | Berita Harian
Sumber gambar: Berita Harian

Untuk pengetahuan semua, sesi persekolahan kali ini agak berlainan sedikit.. Setiap sekolah akan melakukan SOP yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang sekolah dibuka. Setiap guru yang mengajar dari Tingkaran 1 sehingga Tingkatan 5 dan Enam akan bekerjasama untuk mengajar pelajar yang hadir. Hal ini kerana, satu kelas hanya akan ada 16-20 orang sahaja bergantung kepada saiz kelas.

Korang tak perlu risau dan takut untuk ke sekolah sebab semua sekolah dinyah kuman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum dibuka semula untuk memulakan sesi pembelajaran.

via GIPHY

Peringatan untuk semua, kalau korang rasa tidak sihat adalah sangat disarankan untuk tidak hadir ke sekolah. Sekiranya mereka menunjukkan gejala seperti selesema, mereka akan dinasihatkan pulang atau menjalani saringan di bilik kesihatan di sekolah yang akan disediakan Hanya perlu bagitahu cikgu yang korang tidak sihat! Mencegah adalah lebih baik daripada merawat.

Apa pun, kita perlu sentiasa ikut SOP di sekolah. Jangan leka dan bergurau senda dengan kawan-kawan macam sebelum ini.. kita kena sentiasa lakukan kawalan kendiri. Ingat ya, kalau tak sama kelas dengan kawan it’s okay! Kita boleh je jumpa di kawasan sekolah cuma jaga jarak 1 meter.  LUNARIA harap korang sihat dan kekal semangat nak pergi sekolah!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Biar Betul Urut Badan Boleh Kurus?!

Skin Care Paling Simple Ala LunaSquad