in ,

Target Kumpul 1 Juta, Beby Tora Terus Ubah Nasib

Sumber gambar: Instagram @beby_toratora

Makan la apa pun, semuanya nampak menyelerakan kalau Beby Tora yang review. Even setakat makan keropok lekot pun boleh jadi extra sedap.

Siapa kenal Beby Tora? Sebelum ni nama Beby Tora agak dikenali oleh pengguna Instagram, lebih-lebih lagi disebabkan dia merupakan seorang influence yang buat review makanan. Cakap sahaja apa jenis makanan, semuanya Beby Tora pernah review. Daripada tak lapar, terus jadi lapar.

Tapi mesti korang tahu juga yang sewaktu zaman ‘kegemilangan’ Beby Tora sekitar tahun 2018/2019, banyak juga kecaman yang diterima oleh gadis muda ini. Segala jenis kecaman pernah di terima daripada yang komen cara dia makan sehingga la ada juga yang menghina bentuk fizikal dirinya. Haihh netizen ni pun satu, nak kutuk tu tak fikir langsung perasaan orang lain tau. Tak tahu ke effect setiap kata negative tu mungkin akan membuatkan seseorang itu rasa rendah diri.

Untuk pengetahuan korang, Beby Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie ni berasal daripada keluarga yang susah. Namun tetapi itu tidak membuatkan Beby Tora mengalah dan tak berusaha. Buktinya sekarang dia sudah berjaya dalam kehidupan dan mampu untuk merubah nasib keluarganya. Ini la yang dinamakan dimana ada kemahuan disitu ada jalan.

Baru-baru ni Beby Tora ada membuat perkongsian di laman Instagram miliknya berkaitan apa yang pernah dia lalui sebelum ini dimana netizen mencemuh, menghina, dan juga membenci. Beby Tora menceritakan permulaan hidupnya sebelum berjaya seperti sekarang yang mana dia mampu untuk membelikan kereta untuk kegunaan keluarganya.

Siapa sangka daripada tak mampu untuk membantu keluarga, terus Beby Tora mampu untuk membeli kereta pertamanya secara cash pada tahun 2018 dan kereta keduanya pada tahun ini. Haihh, cemburu pula rasanya bila tengok kejayaan Beby Tora ni tapi cemburu yang positive la sebab dalam usia muda macam tu dia dah berjaya.

View this post on Instagram

terlebih dahulu ingat meminta maaf jika ada salah silap slama ni .yang mmbenci saya ,maafkan saya ya .klau dngn melihat saya anda rasa tertekan dn tidak suka melihat smua video saya ..alhamdulillah syukur dngn kehidupan yg ALLAH beri pada saya ..saya hidup susah ..hidup dngn tokwan dn tuk dngn mama saya juga di kampung .mereka yng menjaga saya ,kakak dn adik .dulu mama saya brtukar bnyak keja untuk besarkan kami ..rumah tokwan bumbung bocor sana sini .stiap kali hujan tokwan akan tadah air hujan dngn besen ..sedih tngok tokwan ..mama saya berpluh kali kerja dngn orang tapi orang aniaya .ramai orng mngata kluarga kami susah ..ramai orang pandang rendah dngn mama sbb mama kami janda ..tak prnah merasa ada kereta dri kcik smpai la ke bsar ..tumpang kreta adik bradik ja stiap kali raya ..tapi rezeki Allah bagi brrlipat ganda sejak saya masuk kolej ..saya dpat bli mak saya kreta .dpat blanjaa kluarga saya ambik lesen .saya dpat prbaiki rumah tokwan saya habis smpai 50k tapi tokwan takdan nak tengok smua tu sbb dia prgi dlu ..saya dpat achieve kereta prtama saya cash pada tahun 2018 ..saya achieve kreta kdua saya pada tahun 2020 ..saya mmg tak pakai beg mahal ,tak brcuti luar negara ,tak hidup mewah mcm orang kat luar sana ..sbb saya lebih suka menyimpan hasil yg sayaa dpat dn achieve apa yg saya nak dlam hdup ..saya target 1juta dlam bank saya dn saya akan achive tak lama lagi .skrag sya tngah mnyimpan untuk beli rumah saya sndiri ..sya nak achieve sbuah rumah plak lpasni ..saya tak prnah minta duit ssiapa .saya tak prnah minta orang follow saya.saya brdikari atas kaki saya sndiri ..tapi sya berterima kasih kerana tanpa ada siapa lah saya ..saya brjaya bahagiakan kluarga saya dn kluar dari zon hidup yang susah .saya bljar ikat perut waktu duduk di asrama dn bljar byar yuran sndiri tanpa susahkan mama saya ..klau saya makin gemuk,tlong jangn condemn ..Allah kurniagakn rezeki suami yg baik ,yang pnyayang ,brtangungjwab tapi Allah belom beli rezeki zuriat .anda taktau saya struggle mcmna nak kuruskan bdan .brkatalah yang baik di bulan ramdhan .maafkan saya 🙂insyallah saya akan brhenti buat review tak lama lagi .saya akan stop dn anda pun tak prlu la stress lagi yee ..☺

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

Tips yang sentiasa Beby Tora amalkan ialah tidak membeli handbag mahal, bercuti ke luar negara atau hidup mewah seperti orang lain. Biasanya kalau anak muda yang ada banyak duit ni, mesti benda pertama yang dia akan lakukan ialah bercuti luar negara dan beli barang mahal. At the same time, dia lebih suka untuk untuk menyimpan duit yang diterimanya untuk achieve apa yang dia mahukan dalam kehidupan. Tak kisah la siapa pun, at least kalau tak bercuti ke luar negara tu, mesti akan travel setiap bulan ke mana-mana sahaja. Tapi lain bagi Beby Tora yang mana dia hanya mengamalkan kehidupan secara bersederhana sahaja. No wonder la dia mampu untuk mengumpul aset yang banyak di usia muda.

Menjelang tahun ini, Beby Tora telah meletakkan target yang tinggi di dalam kehidupannya iaitu untuk mengumpul sebanyak 1 juta di dalam akaun bank miliknya. Wowww, 1 juta geng! Bagi kita jumlah tu mungkin mustahil untuk diperoleh, tetapi kalau iktukan cara kehidupan yang diamalkan oleh Beby Tora, memang tak mustahil la semua tu bagi dia.

Sekarang saya tengah menyimpan untuk achieve beli sebuah rumah sendiri pula lepas ni. Saya tak pernah minta duit sesiapa, saya tak pernah minta orang follow saya. Saya berdiri atas kaki saya sendiri. Tapi saya berterima kasih, tanpa anda siapa la saya. Saya berjaya bahagiakan keluarga saya dan keluar dari zon hidup yang susah.

Kalau kita yang masih ada ibubapa ni mesti yuran pelajaran akan ditangguh sepenuhnya oleh mereka kan? Tapi tidak bagi Beby Tora kerana dia membayar sendiri yuran pengajiannya tanpa bantuan ibubapa kerana mereka telah berpisah dan dia mengambil keputusan untuk usaha sendiri demi kehidupannya di kolej.

For those yang tak tahu, Beby Tora sudah pun mendirikan rumah tangga sekitar tahun lalu. Pada awal perkahwinannya, masih ada lagi netizen yang menabur kata-kata negative kerana beranggapan suaminya terlalu kacak untuk dirinya. Amboi, siapa korang ni nak tentukan jodoh seseorang?

Kalau saya makin gemuk, tolong jangan condemn. Allah kurniakan rezeki suami yang baik, penyayang, bertanggungjawab tapi Allah belum beri rezeki zuriat. Anda tak tahu saya struggle macam mana nak kuruskan badan. Maafkan saya, Inshaa Allah saya akan berhenti buat review tak lama lagi.

Alamak! Biar betul Beby Tora dah taknak buat review makan lepas ni? Dah la semua review dia best walaupun sometimes idea terlalu kreatif tetapi itu kan cara dia yang tersendiri. Cuba korang tengok salah satu daripada video review dia, semua best tau. Begitu menyelerakan dan kita nampak betapa ikhlasnya dia review sesuatu makanan tu untuk tatapan penonton. Apa pun semoga Beby Tora terus maju dalam setiap apa yang dilakukan olehnya.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Sampingan Jika Terus Tidur Selepas Sahur

Senaman Tangan Mudah Di Bulan Puasa #ZoExercise