in ,

Tanda-tanda Korang Obses Dengan Media Sosial!

Sumber gambar: dbkpop.com

Zaman teknologi semakin berkembang ini, media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram adalah antara platform media sosial yang paling menjadi kegilaan anak muda kini. Memang bohong kalau kita nak kata kalau ada yang tiada salah satu akaun media sosial ini. Ya, memang ada tapi cuma minoriti sahaja. Ia juga menjadi tempat dimana kita nak luahkan perasaan lah, sampai kadang-kadang ia boleh jadi peperangan para keyboard or keypad warrior untuk suka hati sahaja nak cakap apa yang mereka nak cakap. Untuk pengetahuan korang juga, negara kita sendiri adalah antara yang tertinggi di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih dan menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019, pengguna di negara kita meluangkan masa kepada internet lebih kurang 8 jam atau lebih. Ini juga jelas menunjukkan masyarakat di negara kita memang agak obses dalam meluangkan masa kepada media sosial. Jadi, kami akan kongsi dengan korang antara tanda-tanda orang yang obses dengan media sosial, ha! jom tengok mana tahu korang salah seorang dari ini? hehe.

BANGUN TIDUR CHECK PHONE

via GIPHY

Bila bangun dari tidur, perkara pertama yang korang lakukan adalah check telefon bimbit korang. Padahal korang baru sahaja celikkan mata, ya! Memang korang akan lihat alarm dahulu tapi jangan bohong pada diri korang yang korang mesti akan tak sabar hendak melihat berapa banyak ‘like’, ‘comment’, ‘retweet’ dan lain-lain. Kalau ya, memang korang adalah salah seorang yang sudah obses dengan media sosial.

OBSES FOLLOWERS

via GIPHY

Bukan setakat itu sahaja, korang pun suka nak check berapa ramai orang yang follow korang di media sosial dan nak pastikan followers korang ramai. Siap ada yang sanggup follow orang yang korang tak kenal dan bila mereka dah follow korang semula, korang unfollow mereka supaya followers korang meningkat. Ish ish! Mentang-mentang lah zaman sekarang ramai orang popular, korang pun nak juga ya! 

STRESS FOLLOWERS KURANG

via GIPHY

“Alamak! Kenapa followers saya berkurang…” ini pun adalah salah satu tanda korang obses dengan media sosial. Korang mula risau kenapa tiba-tiba followers korang berkurang pun adalah salah satu yang tidak elok untuk korang risau kan pun sebenarnya. Masing-masing ada hak masing-masing, jadi korang pun tak perlu lah nak risau sangat hal yang remeh ini.  

WAJIB BERGAMBAR SETIAP HARI

via GIPHY

Korang sudah tidak mengira aktiviti dan lokasi untuk dikongsi di media sosial. Kalau boleh semua aktiviti yang korang buat dan lakukan itu korang dah ada tujuan sendiri untuk dikongsikan di media sosial supaya followers korang tengok. Sampai kadang-kadang ada yang sanggup menyusahkan kawan sendiri untuk ambilkan gambar korang sebab korang desperate nak post! 

STORY PENUH DAN BANYAK

via GIPHY

Kalau boleh dalam satu hari itu setiap minit dan setiap jam korang nak upload story tentang segala aktiviti korang. Memang tak dinafikan, setiap cerita yang korang upload itu memang ada menariknya dan ada memori indah disebaliknya tetapi korang tak perlu nak upload selalu pun tak apa, cukup simpan dalam memori telefon dan biar ia rapi disimpan sebagai kenangan terbaik pun dah memadai.

Penggunaan media sosial memang tidak salah tapi jika korang terlalu berlebihan sehingga buat korang leka itu memang tidak boleh sangat lah, dan ia akan membuang semua kebaikan. Jadi sebaiknya kawal diri dan pantau penggunaan media sosial korang dan cuba isi dengan masa dengan perkara yang lebih baik dan bermanfaat untuk diri korang.

What do you think?

17 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rambut Selalu Kembang? Ini Korang Perlu Tahu

Sebab Kenapa Kita Kena Cukur Bulu