in ,

Tanda-Tanda Kita Didera Secara Mental Oleh Kawan

Sumber gambar: www.india.com

Di setiap hubungan pasti ada yang namanya masalah. Kadang-kadang ada perdebatan, ada pertengkaran, dan juga tangisan yang akan terlibat. Siapa kata pasangan bercinta sahaja yang akan alami situasi toxic relationship? Kalau korang nak tahu, toxic friendship pun makin ramai yang alami tanpa sedar. Perkara ini mungkin terjadi tanpa sedar kita menyakiti hati kawan, mengkritik mereka berlebihan, atau bergurau berlebihan. Ia juga boleh dikatakan salah satu dera. Tak semestinya kita didera secara fizikal, dera secara mental juga bahaya.

via GIPHY

TANDA BAD FRIENDS

LUNARIA akan kongsikan beberapa ciri-ciri yang korang perlu peka. Kalau kawan korang menunjukkan ciri-ciri ini, kemungkinan besar korang didera.

    1. Kawan asyik kritik, komen dan malukan korang
    2. Sentiasa nak tahu korang buat apa dan dengan siapa.
    3. Tak bagi lepak dengan kawan lain, keluarga, atau buat sesuatu aktiviti tanpa dia.
    4. Kita sentiasa rasa takut
    5. Ugut untuk lakukan sesuatu yang tak baik kalau korang tak ikut cakap kawan.
    6. Paksa buat sesuatu yang korang tak nak.
    7. Kawan asyik salahkan korang.
    8. Kawan asyik buatkan keputusan untuk korang.
    9. Menyakiti korang.
8 Signs Of A Toxic Friendship That You Need To Let Go Of NowSumber gambar: Thelawofattraction

TANDA TOXIC FRIENDSHIP

Ini pula antara tanda-tanda persahabatan korang toxic yang korang perlu tahu:

      1. Kita hanya fokus kepada kawan
      2. Abaikan kawan lain dan keluarga
      3. Mudah rasa tertekan atau rasa diri dikawal.
      4. Banyak rasa sedih berbanding happy bila lepak dengan kawan-kawan.
      5. Rasa diri tak berguna bila dengan kawan-kawan.

via GIPHY

TANDA GOOD FRIENDSHIP

Untuk persahabatan yang baik pula, ini ciri-ciri yang korang perlu tahu:

      1. Ada personal time untuk buat apa-apa aktiviti sendiri.
      2. Buat keputusan bersama-sama, saling hormati satu sama lain.
      3. Hadapi konflik dengan cara bercakap jujur.
      4. Boleh jadi diri sendiri.

via GIPHY

MINTA BANTUAN

Dari ciri-ciri persahabatan di atas, LUNARIA rasa  ada antara kita yang sedang alami tanpa sedar. Ramai yang beranggap kita tak akan jumpa kawan yang lebih baik kalau kita tinggalkan kawan kita. Sebenarnya kalau kita stay in bad circle of friends, ia akan makan diri bila mereka mula dera mental kita dalam diam. Jangan takut untuk mulakah langkah pertama. Ingat guys, kualiti adalah lebih baik daripada kauntiti.. Kawan ramai tapi kalau mereka ‘makan’ kita tiada gunanya. Kalau korang perlukan bantuan, boleh mula dengan minta pertolongan kawan lain, cikgu, parents dan adik-beradik. Jangan malu dan please, do yourself a favor and get out of that toxic friendship. LUNARIA ada.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Untuk Korang Hilangkan Sunburn Akibat Musim Panas

Khas Untuk Si Kidal, Hari Ini Hari Istimewa Korang!