in ,

Tanda Produk Tak Sesuai Dengan Kulit!

Sumber gambar: https://www.mothermag.com/green-beauty-products/

Bestnya sale sana sini, excited betul bila tengok banyak benda murah ni. Rasa macam nak borong satu kedai la pula!

Eh, jangan la sampai nak borong semua tu girls. Kot ya pun, pilih la produk yang sesuai dengan kulit muka korang tau. Nanti mula la naik jerawat la apa la dekat muka tu.. Dekat bawah ni Ainaa ada senaraikan beberapa tanda yang menyatakan produk tu tak sesuai dengan kulit muka korang iaitu…

RASA TERBAKAR DAN PEDIH

Image result for muka terbakar panas matahari
Sumber gambar: https://palembang.tribunnews.com/2018/01/27/kulit-wajah-terbakar-sinar-matahari-atasi-menggunakan-2-bahan-alami-ini

Orang kalau pergi holiday dekat pantai baru ada rasa terbakar, ni korang salah pakai produk kecantikan pun boleh rasa pedih-pedih tau! Once dah jadi macam tu, please stop pakai produk tersebut. Cari krim yang boleh merawat semula irritation tu. Jangan sampai dah teruk baru nak rawat ya.. Ingat, bila terasa pedih dan panas hentikan penggunaan serta-merta!

KERING DAN MENGELUPAS

Image result for kulit muka mengelupas
Sumber gambar: https://editorial.femaledaily.com/blog/2018/01/10/cara-menangani-kulit-perawatan-dokter-yang-mengelupas/

Before beli apa-apa produk, make sure dulu korang dah tahu jenis kulit sendiri. Buatnya kulit muka korang sebenarnya kering then terbeli untuk kulit muka berminyak pula, confirm nanti akan ada kesan mengelupas dekat kawasan hidung, dahi dan pipi. Kalau dah jadi macam tu, stop pakai produk dan gunakan pelembab yang bersesuaian okay?

TAK ADA PERUBAHAN

via GIPHY

Dah sebulan pakai produk tu, tapi nampaknya tak ada apa-apa kesan yang positive. Buang duit dan buang masa je girls! Tandanya memang produk tu tak bawa kesan yang baik pada kulit muka korang. So, better tak payah pakai dah dan cari la produk lain yang bersesuaian dengan kulit muka. Sedikit tips, korang boleh beli trial pack untuk cuba dulu!

JERAWAT

via GIPHY

Musuh utama kita dah sampai girls! Bila produk tu tak sesuai dengan kulit muka, jerawat la parasit utama yang akan muncul dengan seronoknya. Kalau sikit tak apa la, ni sekali datang bawa sekampung, macam mana nak handle tu? Beli produk nak cantikkan kulit, sekali lagi rosakkan kulit pula. Satu hal juga nak kena tunggu muka pulih daripada breakout. Urghhhh!

Sebab tu la before beli apa-apa skincare, korang kena tahu dulu apa masalah utama kulit muka. Kalau main beli je, jadi la effect macam dekat bawah ni. Bertabah la hati…

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesan Bila Suka Dekat Cikgu Sendiri!

ALERT! Ini Cara Pakai Deodorant Dengan Betul!