in

Tanda Korang Syok Sendiri!

Semua orang mesti pernah suka seseorang kan? Macam tipu saja kalau korang tak pernah suka someone. Mesti cuak dan nervous nak fikir nak bagitahu isi hati ini macam mana, lepas itu curious sama ada orang itu suka kita ke tidak. Kalau suka, sudah pasti crush korang akan balas balik isi hati korang tapi kalau syok sendiri itu nak detect macam mana pun kita tak tahu. Jadi biar Zoe beritahu #Lunagirls semua tanda korang syok sendiri.

JARANG REPLY TEXT

via GIPHY

Crush korang selalu reply text korang lambat-lambat? Atau pun korang selalu kena seen saja? Hmm sah lah tu dia malas layan awak. Jadi korang faham-faham saja lah maksud crush korang yang dia kurang berminat nak layan.

LAYAN MACAM MEMBER

via GIPHY

Ini lah masalah bila crush itu dari kalangan kawan-kawan. Bila dia layan awak seperti kawan itu, mesti macam rasa bersalah sikit nak confess dekat crush kan? Tak apa, tak salah pun kalau dia layan awak macam kawan sebab jadi kawan lagi best sebab boleh kawan lama sikit.

TAK INGAT DATE PENTING

via GIPHY

Birthday, friendship anniversary dan banyak lagi tarikh penting yang crush korang tak ingat? Hmm, itu maknanya ia kurang penting bagi mereka. Lagi-lagi kalau benda itu sebelah pihak saja yang ingat. Memang sah korang tengah syok sendiri. Alamak! jangan sedih-sedih ya!

CONFESS TAPI KRIK KRIK…

via GIPHY

Woah! Dah confess tapi crush korang tak bagi sebarang reaksi? Itu maknanya dia cuma nak kawan dengan korang je sampai bila-bila dan tak nak lebih daripada kawan. Benda ini adalah sangat normal okay dan korang tak perlu pun rasa down dengan diri sendiri okay!

Selepas ini, kalau crush korang dah tunjukkan tanda-tanda sebegini rupa dekat diri korang. Sebaiknya korang undur diri sajalah tapi kalau #Lunagirls adalah seorang yang tak mudah putus asa pun boleh saja cuba lagi. Haha! Kalau lama sangat awak syok sendiri pun, Zoe sarankan move on sajalah sebab ramai lagi di luar yang masih menunggu awak. Hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Soalan ‘Wajib’ Tanya Future Boyfriend Or Girlfriend

Sampai Bila Nak Kena Friendzone Ni?!